Saturday, December 31, 2011
Friday, December 30, 2011
Setiap hujung tahun ada janji
yang belum cukup
hutang kasih dan rindu
sentiasa ditagih jua
manakah perginya
kesempatan yang terluang
apabila membiar saja
tanpa waras serta bijak mengatasinya
tahun baru
akan menjelma
apakah akan tertunggak lagi
esok yang belum pasti
bagaimana bentuk dan rupa
kehidupan
yang perlu direalisasikan.
yang belum cukup
hutang kasih dan rindu
sentiasa ditagih jua
manakah perginya
kesempatan yang terluang
apabila membiar saja
tanpa waras serta bijak mengatasinya
tahun baru
akan menjelma
apakah akan tertunggak lagi
esok yang belum pasti
bagaimana bentuk dan rupa
kehidupan
yang perlu direalisasikan.
AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.
Tuesday, December 20, 2011
MALAM SUARA KITA
Terjawab sudah
derita
kembara sebuah harapan
dari keikhlasan dan keyakinan
menempuh jua
segala kepayahan
menghimpun sejuta harapan
bersama bait bicara
dalam SUARA KITA
malam ini
bukti yang nyata
KARYAWAN PK
menepati waktu
yang seakan pergi dan terlewat
tapi kegigihan
pasrah berkemampuan
jelas
antologi yang diimpikan
akhirnya menampilkan suaranya.
AL HISYAM,
TAMAN BUDAYA IPOH,
19 DISEMBER 2011.
derita
kembara sebuah harapan
dari keikhlasan dan keyakinan
menempuh jua
segala kepayahan
menghimpun sejuta harapan
bersama bait bicara
dalam SUARA KITA
malam ini
bukti yang nyata
KARYAWAN PK
menepati waktu
yang seakan pergi dan terlewat
tapi kegigihan
pasrah berkemampuan
jelas
antologi yang diimpikan
akhirnya menampilkan suaranya.
AL HISYAM,
TAMAN BUDAYA IPOH,
19 DISEMBER 2011.
GEGAR PENTAS INI
Sikit waktu ini
cukup rasanya medewasakan semalam
yang aku singkirkan sendiri angin jiwa berkias
membawa kejenuhan malam
dalam perbahasan itu
kelam suram keracauan
gegar pentas ini
suara garau
jelas melontarkan rasa bertakhtakan kata.
TAMAM BUDAYA IPOH.
cukup rasanya medewasakan semalam
yang aku singkirkan sendiri angin jiwa berkias
membawa kejenuhan malam
dalam perbahasan itu
kelam suram keracauan
gegar pentas ini
suara garau
jelas melontarkan rasa bertakhtakan kata.
TAMAM BUDAYA IPOH.
Saturday, November 26, 2011
TAHUN BARU HIJRAH
TAHUN BARU HIJRAH
Setiap yang telah berlalu
aku tinggalkan detik terdahulu
dengan penyaksian dan perasaan
dari pautan pendoman serta tauladan
antara garis sempadan yang membahagikan kewarasan dan kecelakaan
TAHUN BARU HIJRAH
walaupun sama-sama kita menadah kesukuran
jangan lupakan ukhuwah
yang harus terbina
kekuatan
tolenrasi
kemuafakatan
demi maruah kita menjaga keimanan dan ketakhawaan
yang dapat menyakinkan kita pada sebuah kejayaan gemilang
tanpa sangsi dan takbur
meletakan kita di dunia yang aman dan sejahtera
AL HISYAM
KUALA KANGSAR,
aku tinggalkan detik terdahulu
dengan penyaksian dan perasaan
dari pautan pendoman serta tauladan
antara garis sempadan yang membahagikan kewarasan dan kecelakaan
TAHUN BARU HIJRAH
walaupun sama-sama kita menadah kesukuran
jangan lupakan ukhuwah
yang harus terbina
kekuatan
tolenrasi
kemuafakatan
demi maruah kita menjaga keimanan dan ketakhawaan
yang dapat menyakinkan kita pada sebuah kejayaan gemilang
tanpa sangsi dan takbur
meletakan kita di dunia yang aman dan sejahtera
AL HISYAM
KUALA KANGSAR,
Friday, November 18, 2011
HANYA YANG TAHU
Hanya yang tahu
dapat merasakan jiwa terkedu
terkelu
tidak mampu menyatakan bebanan yang sedang menunggu
Hanya yang tahu
menahan hentakan pilu
menerima herdikan yang melulu
sehingga meninggalkan ragu
Hanya yang tahu
mengatur janji membalas rindu
mengucap dua kalimah syahdah yang SATU
cukup menyakinkan persaudaraan tanpa jemu.
AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.
dapat merasakan jiwa terkedu
terkelu
tidak mampu menyatakan bebanan yang sedang menunggu
Hanya yang tahu
menahan hentakan pilu
menerima herdikan yang melulu
sehingga meninggalkan ragu
Hanya yang tahu
mengatur janji membalas rindu
mengucap dua kalimah syahdah yang SATU
cukup menyakinkan persaudaraan tanpa jemu.
AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.
Wednesday, November 16, 2011
Tuesday, November 1, 2011
BILA HATI BERGETAR
Bila hati bergetar
langkah kian memburu janji lagi
tidak mungkin kelana mahu membunuh sepi
pasti
rindu mengubah jadual peribadi
yang mungkir keadilan
dalam peradaban.
AL HISYAM.
KUALA KANGSAR.
langkah kian memburu janji lagi
tidak mungkin kelana mahu membunuh sepi
pasti
rindu mengubah jadual peribadi
yang mungkir keadilan
dalam peradaban.
AL HISYAM.
KUALA KANGSAR.
Wednesday, October 26, 2011
JIKA AKU BELUM TEMUI SEBUAH KEBENARAN
Langkah semakin berliku
hari terus berlalu
angin deras menderu
Jika aku belum temui sebuah kebenaran
dalam pengadilan
yang sering tandus kewarasan
Sanggupkah menunggu walaupun terseksa
zahir dan batin jua
hanya kaku menyerahkan jiwa raga
Tanpa berhelah mencari kekuatan
kudrat dan iradat yang penuh keimanan dan ketakwaan
berpaut utuh pada dahan keyakinan.
AL HISYAM,
KUBANG HALBAN,
ENGGOR,
PERAK DARUL RIDZUAN.
hari terus berlalu
angin deras menderu
Jika aku belum temui sebuah kebenaran
dalam pengadilan
yang sering tandus kewarasan
Sanggupkah menunggu walaupun terseksa
zahir dan batin jua
hanya kaku menyerahkan jiwa raga
Tanpa berhelah mencari kekuatan
kudrat dan iradat yang penuh keimanan dan ketakwaan
berpaut utuh pada dahan keyakinan.
AL HISYAM,
KUBANG HALBAN,
ENGGOR,
PERAK DARUL RIDZUAN.
Sunday, October 2, 2011
PERSISIR SUNGAI PERAK
Dalam rumusan
dalam bingkisan
dalam kenyataan
awal suara kedengaran kecelaruan
begitu mimpi kerap bermain di titian bayangan
Sungai Perak
cukup menjentik keharuan
melihat jambatan penyambung warisan
bot yang kian usang ketinggalan
sekali sekala jenuh hilang dari pandangan
pemanduan telah jemu kesebuan
PERSISIR SUNGAI PERAK
menjadi perdebatan
rumah yang terbina keindahan
landskap kecantikan
mencetus idea dan perbalahan
yang sudahnya menemukan keredupan Bandar Di Raja Kuala Kangsar penuh hiasan.
AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.
dalam bingkisan
dalam kenyataan
awal suara kedengaran kecelaruan
begitu mimpi kerap bermain di titian bayangan
Sungai Perak
cukup menjentik keharuan
melihat jambatan penyambung warisan
bot yang kian usang ketinggalan
sekali sekala jenuh hilang dari pandangan
pemanduan telah jemu kesebuan
PERSISIR SUNGAI PERAK
menjadi perdebatan
rumah yang terbina keindahan
landskap kecantikan
mencetus idea dan perbalahan
yang sudahnya menemukan keredupan Bandar Di Raja Kuala Kangsar penuh hiasan.
AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.
Friday, September 23, 2011
TERBATAS KEINGINAN MENUNTUT KEMESRAAN
Saat akhir aku pergi dalam kedengkutan jiwa
setelah terpedaya bersama mimpi yang begitu lena
tanpa aku duga dia mengejutkan jua
walaupun terbatas keinginan menuntut kemesraan yang agak lama
bertahan pada sebuah keinginan penuh tanda tanya.
AL HISYAM,
CH 16 SEPTMBER 2011.
setelah terpedaya bersama mimpi yang begitu lena
tanpa aku duga dia mengejutkan jua
walaupun terbatas keinginan menuntut kemesraan yang agak lama
bertahan pada sebuah keinginan penuh tanda tanya.
AL HISYAM,
CH 16 SEPTMBER 2011.
Friday, September 2, 2011
ADUH SYAWAL INI MENGUJI HATI
Aduh Syawal ini
menguji hati dalam sepi
menerima khabar yang sememangnya dinanti
Aduh Syawal ini
aku terasing lagi
pijar malam
tidak dingin seperti dihajati
Aduh Syawal ini
terpaksa aku mengunci pintu hati
menampil wajah jiwa
walaupun terseksa
yang mengiringi memori
hanya dinihari cuba menjemput aku lena di ranjang mimpi.
AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.
menguji hati dalam sepi
menerima khabar yang sememangnya dinanti
Aduh Syawal ini
aku terasing lagi
pijar malam
tidak dingin seperti dihajati
Aduh Syawal ini
terpaksa aku mengunci pintu hati
menampil wajah jiwa
walaupun terseksa
yang mengiringi memori
hanya dinihari cuba menjemput aku lena di ranjang mimpi.
AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.
Thursday, August 11, 2011
RINDUNYA RAMADAN KETIKA TIBA WAKTUNYA
Aku bersegan silu tidak termampu
rindunya Ramadan ketika waktunya
setelah hanyut jauh beribu batu
tanpa tahu yang derita itu
mengusik jiwa melintasi pilu
garis taubat hilang tanda jitu.
AL HISYAM,
KARYAWAN PK.
rindunya Ramadan ketika waktunya
setelah hanyut jauh beribu batu
tanpa tahu yang derita itu
mengusik jiwa melintasi pilu
garis taubat hilang tanda jitu.
AL HISYAM,
KARYAWAN PK.
Wednesday, August 3, 2011
MALAM 4 RAMADAN 1432 HIJRAH
Terasa ngilu lagi
seperti hati ini
baru sahaja menempis kesayuan yang menerjah sepi
Malam 4 Ramadan 1432 Hijrah
menguji keimanan ketakwaan
mengingati detik kehambaran menerima perkhabaran yang tidak pernah dinantikan
Hujan menjirus alam
siang dalam kedebuan
malam dalam kebasahan
Malam 4 Ramadan 1432 Hijrah
menyingkap kembali kerinduan amalan dan pertaruhan
pencarian yang belum berakhir pada persimpangan.
AL HISYAM,
KARYAWAN PK.
seperti hati ini
baru sahaja menempis kesayuan yang menerjah sepi
Malam 4 Ramadan 1432 Hijrah
menguji keimanan ketakwaan
mengingati detik kehambaran menerima perkhabaran yang tidak pernah dinantikan
Hujan menjirus alam
siang dalam kedebuan
malam dalam kebasahan
Malam 4 Ramadan 1432 Hijrah
menyingkap kembali kerinduan amalan dan pertaruhan
pencarian yang belum berakhir pada persimpangan.
AL HISYAM,
KARYAWAN PK.
Friday, July 29, 2011
JIWA YANG TERLONTAR
Pernahkah terlintas ucapan
yang hanya mengubah kelekaan
hanya kesementaraan
pada kedangkalan
menghukum sebuah kepuasaan
tapi penuh penipuan
Jiwa yang puas terlontar
kibar
tegar
kini meronta sasar
sasau pinar.
AL HISYAM.
yang hanya mengubah kelekaan
hanya kesementaraan
pada kedangkalan
menghukum sebuah kepuasaan
tapi penuh penipuan
Jiwa yang puas terlontar
kibar
tegar
kini meronta sasar
sasau pinar.
AL HISYAM.
Tuesday, July 19, 2011
TERASING
Tanah ini
pernah dizalimi
pernah dilaknati
kenapa kita harus membiar kartu sejarah terbakar hangus
melenyapkan bukti
bahawa khazanahnya penuh pesanan dan erti
Terasing di tanah sendiri
keliling dibarisi duri
dalam dicemari
dimanakah kekuatan peribadi
apabila sentiasa dianak tiri.
AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.
pernah dizalimi
pernah dilaknati
kenapa kita harus membiar kartu sejarah terbakar hangus
melenyapkan bukti
bahawa khazanahnya penuh pesanan dan erti
Terasing di tanah sendiri
keliling dibarisi duri
dalam dicemari
dimanakah kekuatan peribadi
apabila sentiasa dianak tiri.
AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.
Saturday, July 16, 2011
HIKMAH KITA MENYERAH ALLAH YANG PENUH RAHMAH
Ikhtibar Syaban terluang dalam jenuh pendoman
tersirat hikmah kita untuk menyerah pada ALLAH
yang penuh rahmah
Israk Mikraj telah kita abadikan
renungan-Nya
hayati dengan nikmat
Ramadan pasti kita temui agenda-Nya
berulang kembali amalan kebiasaan bertambah pada keluarbiasaan
mengisi kekosongan keimanan dan ketakwaan.
AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.
tersirat hikmah kita untuk menyerah pada ALLAH
yang penuh rahmah
Israk Mikraj telah kita abadikan
renungan-Nya
hayati dengan nikmat
Ramadan pasti kita temui agenda-Nya
berulang kembali amalan kebiasaan bertambah pada keluarbiasaan
mengisi kekosongan keimanan dan ketakwaan.
AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.
Friday, July 8, 2011
NOKTAHKAN IDEA ITU
Begitu bentuk dan rupa
pemikiran manusia
mengambil jalan serta persimpangan
tanpa mencari kekuatan peribadi
beridentiti
Noktahkan idea itu
sehingga lupa bahawa ciplak menjadi hantu
peniruan seperti kebiasaan tanpa ragu
yang pasti kepunyaan pasti bertemu.
AL HISYAM,
SUNGAI SIPUT.
8 JULAI 2011.
pemikiran manusia
mengambil jalan serta persimpangan
tanpa mencari kekuatan peribadi
beridentiti
Noktahkan idea itu
sehingga lupa bahawa ciplak menjadi hantu
peniruan seperti kebiasaan tanpa ragu
yang pasti kepunyaan pasti bertemu.
AL HISYAM,
SUNGAI SIPUT.
8 JULAI 2011.
Wednesday, July 6, 2011
KELUARKAN KESUKARAN MEMBATASI KEMURUNGAN ITU
Begitu perit dan pahit
derita koyak dari jahit
terpalit
terbelit
yang tersepit
jerit
sakit
Keluarkan kesukaran membatasi kemurungan itu
kejahilan
kepayahan
kedayusan
merayap kedangkalan.
AL HISYAM,
KARYAWAN PK.
derita koyak dari jahit
terpalit
terbelit
yang tersepit
jerit
sakit
Keluarkan kesukaran membatasi kemurungan itu
kejahilan
kepayahan
kedayusan
merayap kedangkalan.
AL HISYAM,
KARYAWAN PK.
Thursday, June 30, 2011
ANGIN DESA SEPERTI RUTIN HARI YANG SEBELUMNYA
Begitu angkuhnya manusia melukis lakar kemajuan
sehingga lupa kehijauan lalu
mengukuhkan pasak kehidupan dalam kekuatan
Aku terpegun
aku terpanggil
di celah buku pasir yang mapan itu
masih terasa angin desa
seperti rutin hari yang sebelumnya.
AL HISYAM,
WANGSA MAJU.
sehingga lupa kehijauan lalu
mengukuhkan pasak kehidupan dalam kekuatan
Aku terpegun
aku terpanggil
di celah buku pasir yang mapan itu
masih terasa angin desa
seperti rutin hari yang sebelumnya.
AL HISYAM,
WANGSA MAJU.
Wednesday, June 29, 2011
KOTA RAYA MANAKAH PERGINYA TAMADUN
Jejak kaki di Kota Raya
jauhkah lagi menapaknya
mencari suatu silau yang dapat menerangi kegelapan itu
tapi suram
terus menghukum peradaban ini
Kota Raya manakah perginya Tamadun
di celah kepesatan dan keindahan reka bentuk
bangunan yang berdiri gah
tapi keimanan ketakwaan rebah
dalam lemah
resah mendesah
basah kuyup
Sesekali kering
tapi basah jua yang punya bumbung berteduh
tidak mampu berlindung lagi titisan noda terus jatuh.
AL HISYAM,
KOTA RAYA.
jauhkah lagi menapaknya
mencari suatu silau yang dapat menerangi kegelapan itu
tapi suram
terus menghukum peradaban ini
Kota Raya manakah perginya Tamadun
di celah kepesatan dan keindahan reka bentuk
bangunan yang berdiri gah
tapi keimanan ketakwaan rebah
dalam lemah
resah mendesah
basah kuyup
Sesekali kering
tapi basah jua yang punya bumbung berteduh
tidak mampu berlindung lagi titisan noda terus jatuh.
AL HISYAM,
KOTA RAYA.
Thursday, June 23, 2011
JIKA AKU BERTANYA TENTANG LAGU YANG MERDU ITU
Adakah tulus lirik menemani hidup
dalam harmoni
Apakah cipta melodi
dari redup jiwa yang sepi
Siapakah yang layak menyampaikan lagu
bersama sendutan rindu yang jenuh menunggu
Bagaimana terbawa kegundahan
ketika keseorangan pada keindahan bentuk dan gayanya.
AL HISYAM.
dalam harmoni
Apakah cipta melodi
dari redup jiwa yang sepi
Siapakah yang layak menyampaikan lagu
bersama sendutan rindu yang jenuh menunggu
Bagaimana terbawa kegundahan
ketika keseorangan pada keindahan bentuk dan gayanya.
AL HISYAM.
Monday, June 20, 2011
CUMA SEKEJAP
Cuma sekejap hadir
dalam keizinanNya
setelah awal lagi
dibatasi dugaan ini
cuma sekejap
petemuan
melepaskan rindu teman-teman
agaknya
yang termampu
cuma sekejap
dapat mengisi ilmu yang betamu
cuma sekejap
aku melewati kemesraan
keinginan
terlalu jauh
tapi tututan masih menjadi begitu.
AL HISYAM,
TAMAN BUDAYA IPOH.
dalam keizinanNya
setelah awal lagi
dibatasi dugaan ini
cuma sekejap
petemuan
melepaskan rindu teman-teman
agaknya
yang termampu
cuma sekejap
dapat mengisi ilmu yang betamu
cuma sekejap
aku melewati kemesraan
keinginan
terlalu jauh
tapi tututan masih menjadi begitu.
AL HISYAM,
TAMAN BUDAYA IPOH.
Friday, June 17, 2011
BULAN CERAH LANGIT MALAM
Tak tertunggak peribadi menyerahkan rezeki
alam yang indah
terenung bulan cerah di langit malam
awan
entah bagaimana mahu aku nyatakan
dengan kata-kata
sebelum ini
tidak pernah terhitung
bintang yang bertaburan
keasyikan
lukisan penuh berpendoman
penyerahan dan kesyukuran
tanda kebesaran kejadianNya yang tampan serta keserasian.
AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.
alam yang indah
terenung bulan cerah di langit malam
awan
entah bagaimana mahu aku nyatakan
dengan kata-kata
sebelum ini
tidak pernah terhitung
bintang yang bertaburan
keasyikan
lukisan penuh berpendoman
penyerahan dan kesyukuran
tanda kebesaran kejadianNya yang tampan serta keserasian.
AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.
AKU INGAT KETIKA BERKELANA DULU(ALLAHYARHAM M.SALEH MAYAT)
20 Tahun masih aku ingat ketika berkelana dulu
insan yang sudi mencurahkan ilmu
Aku ingat ketika berkelana dulu
YANG DINANTIKAN cukup memberi nafas baru
Teluk Intan jauh berbatu-batu
janjinya tetap menyakinkan aku
Hari ini
aku masih ingat dan terasa luahan hati
Tersentak khabar berita menjadi nyata
segalanya berubah dalam sekelip mata
Karyawan Pk
tinggalnya begitu sahaja tanpa wasiat yang diwarta
Nisan keilmuan dan perjuangan lalu
sukar ditafsikan.
AL HISYAM,
KARYAWAN PK
SUDUT BANDAR DIRAJA KUALA KANGSAR.
insan yang sudi mencurahkan ilmu
Aku ingat ketika berkelana dulu
YANG DINANTIKAN cukup memberi nafas baru
Teluk Intan jauh berbatu-batu
janjinya tetap menyakinkan aku
Hari ini
aku masih ingat dan terasa luahan hati
Tersentak khabar berita menjadi nyata
segalanya berubah dalam sekelip mata
Karyawan Pk
tinggalnya begitu sahaja tanpa wasiat yang diwarta
Nisan keilmuan dan perjuangan lalu
sukar ditafsikan.
AL HISYAM,
KARYAWAN PK
SUDUT BANDAR DIRAJA KUALA KANGSAR.
Saturday, June 11, 2011
MASIH TERDENGAR GARAU PENYAIR ITU (ALLAHYARHAM AMIRUL FAKIR)
Masih terdengar garau jeritan penyair itu
bergema di arena ini
hari
tidak pernah menanti
suratan
yang telah tertulis penuh abadi
sakaratul maut
mengundang janji
Terasa penyair itu
seperti baru melewati pentas puisi
meluahkan isi dari nurani
bingkisannya
terus menuju ke hati
Kehilangan seorang penyair itu
meninggalkan nisan bernama ALLAHYARHAM
menginsafi setiap yang pergi
menjadi sebuah renungan suci
pada manusiawi
Visi penyair itu
telah tamat
yang tersirat gubahan dan cipta seninya.
AL HISYAM,
KARYAWAN PK,
SUDUT BANDAR DI RAJA KUALA KANGSAR.
bergema di arena ini
hari
tidak pernah menanti
suratan
yang telah tertulis penuh abadi
sakaratul maut
mengundang janji
Terasa penyair itu
seperti baru melewati pentas puisi
meluahkan isi dari nurani
bingkisannya
terus menuju ke hati
Kehilangan seorang penyair itu
meninggalkan nisan bernama ALLAHYARHAM
menginsafi setiap yang pergi
menjadi sebuah renungan suci
pada manusiawi
Visi penyair itu
telah tamat
yang tersirat gubahan dan cipta seninya.
AL HISYAM,
KARYAWAN PK,
SUDUT BANDAR DI RAJA KUALA KANGSAR.
Monday, June 6, 2011
PADA MATA YANG MENATAP
Pada mata yang menatap
hati terus berucap
Bukit Bendera indahnya sayup di bawah penuh landskap
merayap sana sini batu batan yang terbuka dan beratap
Pada mata yang menatap
MAHA SUCI ALLAH
SYUKUR ALLAH
ALLAH MAHA BESAR
memberi keindahan dan kecantikan
Pada mata yang menatap
Pulau Mutiara semakin hari
dilingkari
dengan panorama dan pasarana.
AL HISYAM,
BUKIT BENDERA.
4 JUN 2011.
hati terus berucap
Bukit Bendera indahnya sayup di bawah penuh landskap
merayap sana sini batu batan yang terbuka dan beratap
Pada mata yang menatap
MAHA SUCI ALLAH
SYUKUR ALLAH
ALLAH MAHA BESAR
memberi keindahan dan kecantikan
Pada mata yang menatap
Pulau Mutiara semakin hari
dilingkari
dengan panorama dan pasarana.
AL HISYAM,
BUKIT BENDERA.
4 JUN 2011.
Sunday, May 29, 2011
TEBING YANG MENEMUI MIMPI NGERINYA
Belum kepastian tebing yang menemui mimpi ngerinya
memusnahkan hasrat dan nikmat
menerima hakikat
dalam taubat
ajal maut
sudah tercatat
Tersurat tebing itu
runtuh menimbus insan yang sememangnya telah derita
datang pada ziarah kejiwaan
tenang penuh sopan
berliku keilmuan
menambah iman ketakwaan
Terpaku menyiku
hati sebu tidak berbapa tidak beribu
hilang saudara tinggal sepupu.
AL HISYAM,
KUALA KANGSAR
memusnahkan hasrat dan nikmat
menerima hakikat
dalam taubat
ajal maut
sudah tercatat
Tersurat tebing itu
runtuh menimbus insan yang sememangnya telah derita
datang pada ziarah kejiwaan
tenang penuh sopan
berliku keilmuan
menambah iman ketakwaan
Terpaku menyiku
hati sebu tidak berbapa tidak beribu
hilang saudara tinggal sepupu.
AL HISYAM,
KUALA KANGSAR
Friday, May 27, 2011
DINIHARI JUMAAT YANG BERKAT INI
Dinihari Jumaat yang berkat ini
meliat jauh azab sebuah peribadi
yang menanggung pedih ngeri
masuk keluar harga diri
Dalam rasukan dinihari Jumaat yang berkat ini
mengapa jolokan itu
melolongkan sejiwa raga terseksa
pada siapa kita meminta pertolongan.
AL HISYAM.
meliat jauh azab sebuah peribadi
yang menanggung pedih ngeri
masuk keluar harga diri
Dalam rasukan dinihari Jumaat yang berkat ini
mengapa jolokan itu
melolongkan sejiwa raga terseksa
pada siapa kita meminta pertolongan.
AL HISYAM.
Friday, April 29, 2011
MEREALISASIKAN PERJUANGAN INI
SEMPENA HARI BURUH SATU MEI 2011.
Bertahun sudah kita adaptasikan pengertian itu
menjadi satu
jitu bersatu
Apakah negara belum termampu
atau sengaja mahu menutup ragu
pencapaian yang telah unggul berkubu
Sehingga saat ini
kita pasti menemui industri yang pesat mencagar diri
demi maruah dan peribadi
Adakah politik sering membatasi kilauan janji
terus termetrai
apabila kita dicemari kemahuan yang mudah tercicir sepi?
AL HISYAM
KARYAWANPK.
Bertahun sudah kita adaptasikan pengertian itu
menjadi satu
jitu bersatu
Apakah negara belum termampu
atau sengaja mahu menutup ragu
pencapaian yang telah unggul berkubu
Sehingga saat ini
kita pasti menemui industri yang pesat mencagar diri
demi maruah dan peribadi
Adakah politik sering membatasi kilauan janji
terus termetrai
apabila kita dicemari kemahuan yang mudah tercicir sepi?
AL HISYAM
KARYAWANPK.
Sunday, April 3, 2011
NYANYIAN TANJUNG SEPI
Dalam menyakinkan sebuah ilusi
nyanyian tanjung sepi
kian menghiris emosi
kala bersendiri
Tidak mudah mahu mengikis keindahan yang bertamu di situ
kini tanjung sepi
hanya tinggal sunyi lagi
kemesraan dan belaian kemanjaan mengusik hati ini.
AL HISYAM,
nyanyian tanjung sepi
kian menghiris emosi
kala bersendiri
Tidak mudah mahu mengikis keindahan yang bertamu di situ
kini tanjung sepi
hanya tinggal sunyi lagi
kemesraan dan belaian kemanjaan mengusik hati ini.
AL HISYAM,
Sunday, March 27, 2011
DALAM KERACAUAN KAU KEMBALI MENEMUI SEBUAH KEBETULAN
Sebaik kau menutup mata
keracauan dunia semakin menjadi bencana
dalam keracauan kau kembali menemui sebuah kebetulan
penderitaan
lalu
telah meninggalkan pergi
kafan itu
lengkaplah pakaian di alam yang gelap gelita
menanti mungkar nangkir
penuh soal jawab
Dalam keracauan dunia kau kembali menemui sebuah kebetulan
ANUGERAH serba fana
telah tiada
kafan jua
pakaian yang dibawa bersama
kau tidak berfikir lagi
mahu menulis sepatah perkataan
dari kemelaratan dunia yang semakin keuzuran.
AL HISYAM,
KARYAWAN PK.
keracauan dunia semakin menjadi bencana
dalam keracauan kau kembali menemui sebuah kebetulan
penderitaan
lalu
telah meninggalkan pergi
kafan itu
lengkaplah pakaian di alam yang gelap gelita
menanti mungkar nangkir
penuh soal jawab
Dalam keracauan dunia kau kembali menemui sebuah kebetulan
ANUGERAH serba fana
telah tiada
kafan jua
pakaian yang dibawa bersama
kau tidak berfikir lagi
mahu menulis sepatah perkataan
dari kemelaratan dunia yang semakin keuzuran.
AL HISYAM,
KARYAWAN PK.
TELAH KITA INSAFI SEBUAH KETENTUAN
Telah kita insafi sebuah ketentuan
ketika nazak bicara kemautan
tidak pernah terjangkau
hanyak ALLAH
terletak segala kemungkinan
takdir itu
menetapkan tarikh kemutlakan
nafas terhenti jua
Telah kita insafi sebuah ketentuan
jika ratib dan witir
sering berselisih dalam kedamaian hati
menyulam rindu sebuah keyakinan BERSAING peradaban
menyilau keinginan pada amalan yang PENUH pertaruhan.
AL HISYAM,
BITAH,
KUALA KANGSAR.
ketika nazak bicara kemautan
tidak pernah terjangkau
hanyak ALLAH
terletak segala kemungkinan
takdir itu
menetapkan tarikh kemutlakan
nafas terhenti jua
Telah kita insafi sebuah ketentuan
jika ratib dan witir
sering berselisih dalam kedamaian hati
menyulam rindu sebuah keyakinan BERSAING peradaban
menyilau keinginan pada amalan yang PENUH pertaruhan.
AL HISYAM,
BITAH,
KUALA KANGSAR.
Friday, March 11, 2011
BEBASKAH KITA DI TANAHAIR YANG MERDEKA INI
Kabur perjalanan sepintas ini
seakan gelap yang mungkin ditemui
betulkah kita yang berpuluh tahun mempertaruhkan keazaman
menanggung parut kekecewaan lalu
terus dilaknati jadual kesungguhan yang bertalu
bebaskah kita di tanahair yang merdeka ini?
AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.
seakan gelap yang mungkin ditemui
betulkah kita yang berpuluh tahun mempertaruhkan keazaman
menanggung parut kekecewaan lalu
terus dilaknati jadual kesungguhan yang bertalu
bebaskah kita di tanahair yang merdeka ini?
AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.
Sunday, March 6, 2011
RUANG INI PERLUKAN PENGISIAN
Ruang ini
perlukan pengisian
antara kejujuran dan kehormatan
yang tersirat dalam kebenaran
Ruang ini
perlukan pengisian
setelah tinjauan menunjukan pembuktian
petikan kemera cukup menyuratkan kesahihan
Ruang ini
perlukan pengisian
bukan menunggu agihan ketika waktu terseksa
lalu mendesak dengan pujukan
Apakah belum cukup
atap yang terkuis dari paku?
tercabut kuat angin senja MAULUD itu
hanya janji kosong yang tertunai MEMBISU
Ruang ini
perlukan pengisian
peruntukan jelas di mana?
JKKK hanya bersembang manis tapi begitu sinis.
Ruang ini
perlukan pengisian
namun letaknya harus bila?
AL HISYAM,
KUBANG HALBAN,
ENGGOR, PERAK DARUL RIDZUAN.
perlukan pengisian
antara kejujuran dan kehormatan
yang tersirat dalam kebenaran
Ruang ini
perlukan pengisian
setelah tinjauan menunjukan pembuktian
petikan kemera cukup menyuratkan kesahihan
Ruang ini
perlukan pengisian
bukan menunggu agihan ketika waktu terseksa
lalu mendesak dengan pujukan
Apakah belum cukup
atap yang terkuis dari paku?
tercabut kuat angin senja MAULUD itu
hanya janji kosong yang tertunai MEMBISU
Ruang ini
perlukan pengisian
peruntukan jelas di mana?
JKKK hanya bersembang manis tapi begitu sinis.
Ruang ini
perlukan pengisian
namun letaknya harus bila?
AL HISYAM,
KUBANG HALBAN,
ENGGOR, PERAK DARUL RIDZUAN.
BILA KITA MENONGKAH ARUS PERADABAN
Bila kita sendiri alpa
pada kunjungan adat
resam semakin ketinggalan
Bila kita menongkah arus peradaban
lancangnya suara
tidak kedengaran gerunnya
Kita kecewa lagi
adab dan adat hanya patung yang kaku
mulianya mundur dalam kemajuan.
AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.
pada kunjungan adat
resam semakin ketinggalan
Bila kita menongkah arus peradaban
lancangnya suara
tidak kedengaran gerunnya
Kita kecewa lagi
adab dan adat hanya patung yang kaku
mulianya mundur dalam kemajuan.
AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.
Monday, February 21, 2011
DERHAKA HANG JEBAT
Bersilang keris terhunus di betis
guris
tidak tertepis
gurau bukan sebarang gurau yang berhakis
derhaka Hang Jabat masih punya cebis
Manakah sang kencana duka di benteng sepi
menikam hati
sukma berseri
menongkah janji
hilang surah realiti
Derhaka Hang Jebat terus menebus jadual
yang belum kaku
hari
yang semakin deras berliku
mencari bukti takhta rindu
penuh beradu.
AL HISYAM,
MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH.
guris
tidak tertepis
gurau bukan sebarang gurau yang berhakis
derhaka Hang Jabat masih punya cebis
Manakah sang kencana duka di benteng sepi
menikam hati
sukma berseri
menongkah janji
hilang surah realiti
Derhaka Hang Jebat terus menebus jadual
yang belum kaku
hari
yang semakin deras berliku
mencari bukti takhta rindu
penuh beradu.
AL HISYAM,
MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH.
BILAKAH PEMBALASAN ITU MENGENALI SEBUAH KEBENARAN
Begitu angkuh melemparkan keaiban
sehingga asyik leka
dengan kemungkaran
Bilakah pembalasan itu
mengenali sebuah kebenaran
mengakui keingkaran
Tunduk kemurungan
balik di awal penjelasan
menuju iman dan ketakwaan.
AL HISYAM.
sehingga asyik leka
dengan kemungkaran
Bilakah pembalasan itu
mengenali sebuah kebenaran
mengakui keingkaran
Tunduk kemurungan
balik di awal penjelasan
menuju iman dan ketakwaan.
AL HISYAM.
Tuesday, February 15, 2011
LAHIRNYA SEORANG PUTERA ULUNG
LAHIRNYA SEORANG PUTERA ULUNG
Yang mengutusi umah
dengan ajaran dan pendekatan
yang menuruni ilmu dan tututan
dengan wahyu penuh hidayah
Lahirnya seorang putera ulung
pahlawan
cendekiawan
ketulusannya
tiada tandingan janjinya.
AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.
Yang mengutusi umah
dengan ajaran dan pendekatan
yang menuruni ilmu dan tututan
dengan wahyu penuh hidayah
Lahirnya seorang putera ulung
pahlawan
cendekiawan
ketulusannya
tiada tandingan janjinya.
AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.
Monday, January 31, 2011
INTERLOK
INTERLOK
Dalam menyalinkan sebuah rasa dan amatan
dalam menyebutkan sebuah tatapan serta realiti
tidak serumpun ini
berbaur dangkal
Interlok
bicara kini
baru meletus dendam sarat dijiwa
terguris hiris dihati
Apakah INTERLOK
menampar jenuh wajah bangsa itu
jauh di dasar keaiban
menerbitkan jahanam
Mengertikah bangsa itu
yang tinggal beribu tahun
aman dan damai
telah sakit derita dibuat INTERLOK
yang hanya menggarap kebenaran
tanpa menghayati isi pencipta visinya
HENTIKAN INTERLOK TERUS MEMBERI WAJAH YANG TIDAK SIUMAN
KETIKA KEDINGINAN SEKERDIL INI
MERIBUTKAN KITA DALAM KECEMASAN DAN HARU BIRU YANG MEMUSNAHKAN KEDAULATAN KETENANGAN.
AL HISYAM,
KARYAWAN PK.
Dalam menyalinkan sebuah rasa dan amatan
dalam menyebutkan sebuah tatapan serta realiti
tidak serumpun ini
berbaur dangkal
Interlok
bicara kini
baru meletus dendam sarat dijiwa
terguris hiris dihati
Apakah INTERLOK
menampar jenuh wajah bangsa itu
jauh di dasar keaiban
menerbitkan jahanam
Mengertikah bangsa itu
yang tinggal beribu tahun
aman dan damai
telah sakit derita dibuat INTERLOK
yang hanya menggarap kebenaran
tanpa menghayati isi pencipta visinya
HENTIKAN INTERLOK TERUS MEMBERI WAJAH YANG TIDAK SIUMAN
KETIKA KEDINGINAN SEKERDIL INI
MERIBUTKAN KITA DALAM KECEMASAN DAN HARU BIRU YANG MEMUSNAHKAN KEDAULATAN KETENANGAN.
AL HISYAM,
KARYAWAN PK.
Friday, January 28, 2011
MAHUKAH TERPAKU MELIHAT PENYINGKIRAN ITU
MAHUKAH TERPAKU MELIHAT PENYINGKIRAN ITU
Restuikah sebuah harapan
yang sewaktu itu
bangkit dalam sendu
terbaring pilu
akhirya tersandar kelu
Mahukah terpaku melihat penyingkiran itu
terus mengaibkan pengorbanan ini
bersama impian yang direncanakan
ketika jerlus hati
menerima janji sebegitu
Tapi akur dengan anugerah
jika esok belum kita tahu
apakah yang akan terjadi nanti?
AL HISYAM,
KUBANG HALBAN,
ENGGOR,
PERAK DARUL RIDZUAN.
Restuikah sebuah harapan
yang sewaktu itu
bangkit dalam sendu
terbaring pilu
akhirya tersandar kelu
Mahukah terpaku melihat penyingkiran itu
terus mengaibkan pengorbanan ini
bersama impian yang direncanakan
ketika jerlus hati
menerima janji sebegitu
Tapi akur dengan anugerah
jika esok belum kita tahu
apakah yang akan terjadi nanti?
AL HISYAM,
KUBANG HALBAN,
ENGGOR,
PERAK DARUL RIDZUAN.
Monday, January 10, 2011
DALAM DIAM ZIKIR INI BERWITIR
DALAM DIAM ZIKIR INI BERWITIR
Tiada suara malam berteriak
tiada bunyi riak dinihari memekak
Dalam diam zikir ini berwitir
mendindingkan sepi yang terpinggir
Oh ALLAH izinkan perjalanan semusim
menemui surah yang kiasnya penuh takzim.
AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.
Tiada suara malam berteriak
tiada bunyi riak dinihari memekak
Dalam diam zikir ini berwitir
mendindingkan sepi yang terpinggir
Oh ALLAH izinkan perjalanan semusim
menemui surah yang kiasnya penuh takzim.
AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.
Friday, January 7, 2011
INGIN AKU HENTIKAN SEMAHUNYA JELALAJAH INI
INGIN AKU HENTIKAN SEMAHUNYA JELAJAH INI
Entahlah garisan manakah
yang menandakan sebuah perjalanan menemui akhirnya
Ingin aku hentikan semahunya jelajah ini
tapi ajakan begitu banyak yang perlu direalisasikan
Entahlah garisan manakah
yang dapat aku beradabkan kasih dalam iman
yang dapat aku bertertibkan cinta dalam takwa
Ingin aku hentikan semahunya jelajah ini
dan kembali
merujuk yang sejati
aku mencuba sekali lagi
manalah tahu janji mengenal budi sekata suci.
AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.
Entahlah garisan manakah
yang menandakan sebuah perjalanan menemui akhirnya
Ingin aku hentikan semahunya jelajah ini
tapi ajakan begitu banyak yang perlu direalisasikan
Entahlah garisan manakah
yang dapat aku beradabkan kasih dalam iman
yang dapat aku bertertibkan cinta dalam takwa
Ingin aku hentikan semahunya jelajah ini
dan kembali
merujuk yang sejati
aku mencuba sekali lagi
manalah tahu janji mengenal budi sekata suci.
AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.
Subscribe to:
Posts (Atom)