Wednesday, August 15, 2012

KASIH HILANG DI HUJUNG RAMADAN

Hati mana yang tersentap
berduka lara
nyawa kaku tiba-tiba
kasih hilang di hujung Ramadan
rindu senyuman
tangis tawa membingitkan raga
tanpa harap
tanpa judul yang memberitahu
akan pulang kerahmatullah
yang sayang
adalah DIA
mungkin antara kita
rela melihat semuanya telah siap
tidak berapa lama lagi
kegembiraan
akan disambut ceria
namun luluh jua
nisan
yang bertanda itu
menceritakan segala-galanya.

AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.

Thursday, August 9, 2012

ABADIKAN TAUBAT INI

Abadikan taubat ini
dalam kebenaran
melewatkan kesukaran semalam
menjadikan sebuah kesucian
mencagarkan kasih yang belum tertunai

Abadikan taubat ini
ketika sepuluh malam yang terakhir
setelah tertinggal
dengan kekosongan
tercampak kekeliruan

Abadikan taubat ini
sesungguhnya dapat menempatkan kasih ini
pada keyakinan
bahawa ruang yang terlapang
tidak berterusan begini
tanpa usaha dan pemindahan hati
yang lesu