Friday, April 29, 2011

MEREALISASIKAN PERJUANGAN INI

SEMPENA HARI BURUH SATU MEI 2011.

Bertahun sudah kita adaptasikan pengertian itu
menjadi satu
jitu bersatu

Apakah negara belum termampu
atau sengaja mahu menutup ragu
pencapaian yang telah unggul berkubu

Sehingga saat ini
kita pasti menemui industri yang pesat mencagar diri
demi maruah dan peribadi

Adakah politik sering membatasi kilauan janji
terus termetrai
apabila kita dicemari kemahuan yang mudah tercicir sepi?

AL HISYAM
KARYAWANPK.

No comments: