Friday, August 30, 2013

HUJAN MENEMANI DIAMBANG KEMERDEKAAN INI

Menjulang peradaban
dalam pertaruhan bangsa
agama
dan negara
perlu
dalam menghormati setiap detik lampau
yang berbakti
berbudi
demi tanah air tercinta
dari tergadai 
di tangan penjajah
yang tamak
belot pada janji
50 tahun yang lalu
dikecapi nikmat
yang disegani
yang disyukuri
jangan dilaknati lagi
tanah pusaka moyang
berada di hujung nyawa
peliharalah dia penuh ABADI.





Saturday, August 10, 2013

INGATKAN WAKTU KEUZURAN NANTI

Setiap yang indah
mungkin berubah
menjadi sepi
setiap yang suci
akan lenyap
dari identiti
jika alpa
pada amalam dan pertaruhan
ingatkan waktu keuzuran nanti
andai mengabaikan tanggungjawab hakiki
serta bahawa dunia
tidak mempunyai akhir zamanNya
lalu
meninggalkan iman
berpandang pula
yang mungkar
namun pasti gusar
menemui kehancuran jua.

Wednesday, July 24, 2013

CAHAYA RAMADAN
BEGITU INDAH DI LANGIT

Lewat malam itu
cahaya Ramadan
begitu indah di langit
suatu ziarah yang singgah
penuh barakah.



Wednesday, June 19, 2013

PERSAUDARAAN

Binalah kembali
kota persaudaraan ini
dari keretakan kecil ketika mengejar kejayaan
kini
keputusan muktamad
hentilah perbalahan
tamatlah pergeseran
lucutlah amarah yang terpendam
marilah bersatu atas bahu  MALAYSIA
hindarkan berkepentingan
tinggalkan berkeronian
bersepakat
demi maruah bersama
hanya kekuatan dan keteguhan
MALAYSIA
terus makmur dan tenteram.

Saturday, June 1, 2013

INDAHNYA BUDI
SEBUAH REZEKI

Terpandang mesin keping getah ini
teringatkan aku pada suatu keazaman seorang tua
yang sanggup berkorban waktu
dan memerah tenaga
yang semakin uzur itu
sanggup kais pagi makan pagi
kais petang makan petang
jika jasa tidak terhitung nilai nilainya
indah nya budi
sebuah rezeki
menyara anak dan isteri
sehungga dewasa
hanya menoreh getah semata-mata.



Friday, April 12, 2013

SEGARIS SINAR

MEMBONCENG KESEJAHTERAAN HARI INI

Ketika kehidupan menghitung
penantian
segaris sinar membonceng kesejahteraan hari ini
dalam tanah air yang damai dan sentosa
walaupun kekaburan
sesekali menutupi mata menjadi kelam
tentu ceritanya hiba
namun masih waras
menggunakan akal dan minda
demi menyambung tradisi semalam
semoga esok ditemui penjelasan yang sebenarnya
kala kebebasan
terus dikecapi bersama
tanpa dibelenggu penjajahan
yang menyukarkan
yang menyulitkan
perjalanan juga.

Monday, April 8, 2013

SUNGGUH INDAH RAMA-RAMA

Biar debunga layu
andai kedamaian
keasyikan
ketenangan
kepuasan
dapat dikecapi bersama dalam kewarasan

Sungguh indah rama-rama
dunia
yang semakin pijar
di hujung usia
dapat berterbangan
dengan bebas jua

Namun hakikatnya
sukar
di pertontonkan
ketika rama-rama
keseronokan
kemesraan
jika keraguan
mudah membantutkan kebenaran

Sungguh indah rama-rama
yang tetap meneruskan kehidupan
walaupun terpaksa menerima
dengan rela.

Monday, March 18, 2013

AKU CUBA MENOLEH ARAH ITU

Terima kasih
jika menegur perjalanan ini
aku cuba menoleh arah itu
di persimpangan
yang sukar ditafsirkan
dari sebuah keilusian
tanpa aku membawa kerealitian lagi
dalam kepastian
suatu kemestian.

Saturday, March 9, 2013

BILA PINTU LANGIT TERBUKA

Port menemukan sejuta ingatan yang sukar dilupakan ketika hasrat semalam baru terkapai
sudah muncul sebuah iringan janji penuh senyuman 
karyawan Darul Ridzuan menerima khabar gembira dengan kesyukuran bila pintu langit terbuka
M,B menyatakan kesungguhan bahawa setiap pandangan dan harapan akan dipertimbangkan
Ayuh teman semoga kita semarakan perjuangan karyawan di bumi Darul Ridzuan dengan penuh gemilang demi mewarnakan kanvas penuh pengisian.
SEWAKTU KITA MENERIMA PERKHABARAN DUKA
LAHAT DATU

Sewaktu kita menerima perkhabaran duka
Lahat Datu
impian
harus teruja
dalam dugaan yang MAHA KAYA
pada sebuah peradaban
dan maruah negara

Sewaktu kita menerima perkhabaran duka
Lahat Datu
terus diburu kebenaran
dalam keamanan
serta kesejahteraan

Hanya doa
seiring hajat
memohon sengketa
akan berakhir
semoga nyawa
derita
jauh bersama.


BUNGA PEWIRA YANG GUGUR
DI MEDAN TEMPUR

Biar keranda di bawa pulang
tapi perjuangan tidak akan luntur
bunga pewira yang gugur
di medan tempur
bukti nyata
kita
punya pahlawan terbilang
tidak gentar
pada ajal dan maut
teruskan keazaman
teruskan kekuatan
demi kedaulatan negara
jangan dilaknati lagi
pencerobohan
yang kejam ini
pantang berundur
berputih mata.




Monday, February 18, 2013


.
YEKATERINBURG/CHELYABINSK RUSSIA
TERSENTAK OBJEK JATUH TERSEMBAN DI LAMANNYA

Seperti peluru datang dan meletup
lalu terkena sebuah kilang yang sedang beroperasi
sekolah juga
turut menjadi sasaran liar
lalu lintas menjadi kucar kacir
objek yang jatuh tersemban di lamannya
YEKATERINBURG/CHELYABINSK RUSSIA
...
See More
Like · · Promote ·

Thursday, February 14, 2013

LANGIT INDAH
AWAL PAGI JUMAAT INI

Damai sungguh
awal pagi Jumaat ini
langit indah
penuh suci
mengharap visi
mencapai impian
mencari makna dalam diri
yang punya erti.

Wednesday, February 13, 2013


EMBUN PAGI YANG SUCI

Dedaunan rndu
menitis embun pagi yang suci
segar
indah
penuh dimensi
embun pagi yang indah
menati matahari
menampilkan senyuman
dalam kasih
punya impian
hari ini
akan membawa sejuta harapan.





SESUNGGUHNYA WAKTU SUNYI INI
PUNYA KEDAMAIAN

Tasbih
al quran
menambah ketenangan
sesungguhnya waktu sunyi ini
punya kedamaian
kasihku hanya padaMU
rinduku untuk milikMU
abadi
selama-lamanya
demi sebuah keredhaan
dan kelazatan iman dan takhwa.

AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.

Tuesday, February 12, 2013

DOA SEORANG PEREMPUAN
YANG TISU HATINYA TERKOYAK

Tabahnya seorang perempuan
meneruskan kehidupan dalam kesuraman
walaupun seringkali hatinya terkoyak
apabila diherdik
dimaki
tanpa belas kasihan
tanpa rasa kasih sayang
doa seorang perempuan
setelah duka laranya
merobek jiwanya
namun setiap kezaliman
akhirnya punya kebenaran
setiap keangkuhan
punya penjelasan
seorang perempuan sedar
ALLAH MAHA BESAR
SUBAHANALLAH
DAN ALLAHAMDULILAH
yang paling afdal baginya memohon keredhaan.

AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.





CICIN DI JARI MANIS
BUKTI KASIH HINGGA KEAKHIRNYA

Cuti-cuti begini
kita seringkali tidak terlepas turut serta
dalam meraikan majlis khawin
cincin di jari manis
bukti kasih hingga keakhirnya
marhaban
karoake
berzanji
berkhatam
sudah menjadi rutin
tidak terlepas peluang
merancakan lagi
suasana
salam kemesraan
sapa menyapa
sudah nyata memberi kesejahteraan bersama
bukan pernikahan sahaja
yang kita perlukan
tapi kesepakatan
yang kita teruskan.

AL HISYAM,
KUBANG HALBAN.


STADIUM SULTAN YUSUF, TAIPING
MEMBUKTIKAN JANJIMU

Begitu janjimu Stadium Sultan Yusuf, Taiping
sewaktu kecilku
membuktikan sejarah dirimu
awal 70an
menyaksikan kelincahanmu
kebijaksanaanmu
mengelecek bola
sehingga mencecah jaring
telah membuatkan kegerunan lawan
dan disegani kawan
kini terlantar dalam penderitaan
walaupun terpaksa menerima hakikat
yang dirinya tersisih
sewaktu berjuang
berkorban
atas nama negara
saat itu
dijulang
tapi lewat usiamu
semakin terpinggir juga.

AL HISYAM.




ALANG SEDAYU
MENGGAMITKAN AKU PADA MEMORI DULU

Sesunggunhnya takdir itu
menemukan aku pada sebuah perkampungan
yang terpinggir
dari kesibukan kota
Alang Sedayu
mernggsmitkan aku pada memori lalu
saaat pertama kakiku menjejski bumimu
terlalu indah dan tenang
air terjun yang turun kala senja itu
membuatkan aku terpukau
dengan kedinginan alam
terima kasih PESONA
memberi ruang pada aku
dan teman-teman yang lain
menuntut ilmu di siang hari
dan malam kita berpuisi
esok pulang
dengan bekalan yang suci.

AL HISYAM,
KARYAWAN PK.



MENARA CONDONG, PUISI DAN TANAH WARISAN INI

Semalam aku jejak Teluk Intan
Menara Comdong dilewati janjimu
sejarah silam terus disulami erti dan budi
pengorbananmu
mengalirkan harapan sedeguk impian
pertembungan sungai
menarik lagi
keindahan
dari atasmu
tanggamu yang berlengkok
jarum yang antik
meninggalkan aku penuh dramatik
Menara Condong, Puisi Dan Tanah Warisan
menberikan aku suatu penjelasan
sejarah perlukan  perhatian.

AL HISYAM,
KARYAWAN PK.










Monday, February 11, 2013


















DI LANGIT PAGI
BUNGA TULIP INDAH BERMANDIKAN  MATAHARI

Di celah bunga tulip indah bermandikan matahari
di langit pagi
kita punya impian
yang serasi
antara hati dan budi.





Saturday, February 9, 2013





GERHANA

Pelangi hadir
di hujung petang
tapi pergi
tanpa perjanjian

Bias gerhana
begitu gelita
di jurai hidup
yang belum tentu jangkauanya

Asyik
menanti malam
dengan bulan
namun
tanpa bintang.

AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.

Saturday, January 26, 2013

DI BATIN SEORANG PEREMPUAN

Jelas wajahmu
lolos waktu
hilang warna rindu
di batin seorang perempuan
kemilau kebenarannya
namun sendu
sering berhantu di hadapan hidupnya
mereka bersandiwara
ketika mahu kesempatan terhitung
ketika gusar melanda
seorang perempuan menempuhi bersendirian
walaupun asalnya dibait
dengan kewarasan
akhirnya
dibiarkan kelesuan.

AL HISYAM,
KUALA KANGAR.


Friday, January 25, 2013

BIAR KEBISUAN INI
MENYERLAHKAN PERJUANGAN DAN KEBENARAN
(KARYAWAN PK)

Dalam sebuah penjelasan
kita tidak terlepas
dari persoalan
jika kesunyian itu
masih punya penantian
biar kebisuan ini
menyerlahkan perjuangan dan kebenaran
andai esok mungkin melahirkan pembaharuan
pada setiap idea dan isi.

AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.

Sunday, January 13, 2013

SETELAH KITA MENERIMA KERELAAN INI

Atas kesanggupan sebuah pernafasan
kita menyakinkan keterbelitan itu
akan kelurusan jua
namun kelekaan dan keasyikan
hanya menimbulkan keraguan
setelah kita menerima kerelaan ini
dalam kehormatan
pasrah
kejiwaan
menghitung setiap waktu
menempis keceluparan
menangkis kefitnahan
tapi tetap mahu menjatuhkan peradaban
demi maruah yang semakin kekeliruan
dari nafsu pengkhianatan.

AL HISYAM,
KARYAWAN PK.