Monday, November 12, 2012

TAK CUKUP-CUKUP

Tak cukup
tak cukup
tak cukup
entahlah berapa banyak yang hendak dihirup
tak cukup
tak cukup
tak cukup
jangan sampai rezeki tertutup
tak cukup
tak cukup
tak cukup
serahlah pada diri menghitung kemuncup
yang melekat di kaki seluar dengan air bayah kuyup
untuk meneruskan cita-cita yang masih hidup.
BILA WAKTUNYA KITA MUNGKIN BERSATU

Sampai sudah baris pada baris
yang bergaris
bila waktunya kita mungkin bersatu
menyatakan keazaman dan kesyukuran
demi kenyataan
yang rutin
jauh ketinggalan
tanpa ayat menoktahkan
kesanggupan
yang bermaruah
dari menebus kedaulatan
berselindung keaiban.

Saturday, September 1, 2012

Merdeka
siapakah yang merdeka
pada jiwa
pada bahasa
pada bangsa
pada tanah airnya
ketika jurangnya telah berbeda
generasi muda
tidak merasa pengorbanan yang tua
begitu sukar bebas dari belenggu sengsara

namun merdeka juga
punya isi dan maknanya
suatu masa mencari sebenarnya
yang memberi kmerdekaan kita.
AL HISYAM.
BELUM TERLAMBAT SYAWAL INI
MENUKILKAN AKU DALAM REALITI

Tanah perkuburan awal pagi 1 Syawal
tidak memesan perkhabarannya
ingat aku ketika itu
ziarah rutin manusia yang masih insaf
terus hadir menghadiahkan surah lazim

Tapi lewat malam
berita sepi
memberitahu seorang teman pergi dijemput ILLAHI
aku terkenang 1 pagi Syawal
tanah perkuburan yang aku jejaki
tidak punya cerita lagi

Belum terlambat Syawal ini
menukilkan aku dalam realiti
seorang anak bangsa yang merdeka
berjasa pada negara
menemui ajalnya
setelah derita sekian lama
dan menahan hidup yang sengsara
walaupun pengorbannya tidak dilupakan juga.

AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.



Wednesday, August 15, 2012

KASIH HILANG DI HUJUNG RAMADAN

Hati mana yang tersentap
berduka lara
nyawa kaku tiba-tiba
kasih hilang di hujung Ramadan
rindu senyuman
tangis tawa membingitkan raga
tanpa harap
tanpa judul yang memberitahu
akan pulang kerahmatullah
yang sayang
adalah DIA
mungkin antara kita
rela melihat semuanya telah siap
tidak berapa lama lagi
kegembiraan
akan disambut ceria
namun luluh jua
nisan
yang bertanda itu
menceritakan segala-galanya.

AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.

Thursday, August 9, 2012

ABADIKAN TAUBAT INI

Abadikan taubat ini
dalam kebenaran
melewatkan kesukaran semalam
menjadikan sebuah kesucian
mencagarkan kasih yang belum tertunai

Abadikan taubat ini
ketika sepuluh malam yang terakhir
setelah tertinggal
dengan kekosongan
tercampak kekeliruan

Abadikan taubat ini
sesungguhnya dapat menempatkan kasih ini
pada keyakinan
bahawa ruang yang terlapang
tidak berterusan begini
tanpa usaha dan pemindahan hati
yang lesu

Tuesday, April 3, 2012

MAMPUKAH KEMURUNGAN BERTAHAN

Sudah kerap usaha bertangguh
msmpukah kemurungan bertahan
lalu
mencari idea
membuktikan keyakinan
bahawa peralihan mungkin punya waktu.

Monday, April 2, 2012

DIA PILIH SENDIRI JALAN ITU

DIA PILIH SENDIRI JALAN ITU

Tidak punya pengertian
jika bahasanya hambar
dia pilih sendiri jalan itu
dalam kabut
visinya semakin gentir
jadual rasa menjadi resah
terusung dipinggir sepi setelah terkapai lagi
janji yang tidak ketentuan ini.

AL HISYAM,
2 APRIL 2012.

FASIHKAH HATI BERTASBIH

Hentikan keluh resah
yang menghambat amarah
hanya berilusi dalam bayangan
fasihkah hati bila bertasbih
membasahi sepi
dengan jiwa yang indah
dari menghitamkannya.

Sunday, March 25, 2012

HATI KIAN GERSANG DALAM AMARAH SEORANG PENDUSTA

Kembalikan jiwanya mengenal diri
menghafal huruf kesedaran
setelah
hati kian gersang
dalam amarah seorang pendusta
yang cilik
dengan rasanya
buta
pekak
pada sapaan
yang memberikan pendoman
supaya menyisihkan keracaun
dari kekecewaan
walaupun berselindung penuh keyakinan.

AL HISYAM,
KUBANG HALBAN,
ENGGOR.

Sunday, March 18, 2012

SYUKUR NIKMAT INI

Mungkin itulah landasan yang harus aku teruskan
sehingga ditemui sebuah pendoman
syukur nikmat ini
membangkit aku kembali
pada kesungguhan
walaupun tercabar visinya.

AL HISYAM.

Tuesday, March 6, 2012

PERSISIRAN INI

Biarkan gema puisi hanyut
bersama rasa di persisiran ini
jika keunggulan
terus teguh

Satukan kembali emosi
setiap kali pertemuan
membentuk keyakinan
mencetuskan idea yang penuh keindahan dan mendalam.

AL HISYAM


SUKAR AKU MENJELASKAN PERTIMBANGAN INI

Dalam aku asyik meneruskan agenda hidup
pernahkah bertanya
kenapa seringkali aku menyisihkan diri
menjauhkan perjuangan
dari kemunculan di anjung pertemuan
sebaliknya meninggalkan keyakinan
dengan hijrah
yang sukar aku menjelaskan pertimbangan ini
lalu
pergi mencari sesuatu
yang memaknakan janji kepuasan
menghilangkan kebaculan dan keharuan ilusi
setelah terkurung pada kesangsian
terkilan
dicatur sebegini.

AL HISYAM.

Monday, February 27, 2012

AKU MERENUNG WAJAH PERSISIRAN SUNGAI PERAK PERCATURAN (ALLAYARHAM ZAHARI HASIB)

Aku tersentak seketika
membaca sekerdil bicara di dada muka buku
hati
tiba-tiba luluh dan terharu
baru semalam ingin aku sampaikan pesan
manalah tahu
jika tarikh yang dijanjikan dapat bertemu
tapi MAGHRIB itu
sudah menjadi takdir ILLAHI
bahawa aku simpankan sahaja
dalam diari sebuah hajat yang akhirnya kelu
belum rupanya
PERSISIRAN SUNGAI PERAK
menerima undangan
kau meminta lalu.

Wednesday, February 1, 2012

AKU TINGGALKAN SEORANG DIA
KALA RINDU PENUH TAUBAT

Bukan aku mahu menemaksa dirimu berkias lagi
menemani malam
dengan kejiwaan
yang kosong
tanpa pengisian

Aku tinggalkan seorang dia
kala rindu penuh taubat
dugaan
yang memesankan aku dalam pertimbangan
merasai resah desah dirimu.

AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.

Monday, January 16, 2012

LEWAT MALAM DAN SEBUAH KARANGAN MIMPI

Seperti rutin hari
aku sering bertanya dalam diri
adakah penyingkiran dan penyisihan dalam menuntut
kebolehan memaksa aku menerima takdir
tanpa menoleh segala-galanya
sehingga lewat malam
aku terpaksa mengarang sebuah mimpi lagi
semoga esok mempunyai realiti.

AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.

DALAM GEMENTAR HATIKU

Detik malang itu
tidak tersusun garis ragu
tidak tercapai jentik sendu
antara pilu dan malu
dalam gementar hatiku
yang menduga hidup
pada satu impian
pada sebuah kemutalakan.

AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.

Sunday, January 15, 2012

FERINGGGI

Batu hampar masih setia menanti di tepian bukit dan
pantai
FERINGGI
jauh berbeda kini
bersepah kiri kanan bangunan kaku dan bisu
menanti penghuni
hujung minggu dan cuti
begitulah tempiasan TSUNAMI
lautnya
tidak seindah dulu
buih-buih
tidak sesuci lagi.