Sebaik kau menutup mata
keracauan dunia semakin menjadi bencana
dalam keracauan kau kembali menemui sebuah kebetulan
penderitaan
lalu
telah meninggalkan pergi
kafan itu
lengkaplah pakaian di alam yang gelap gelita
menanti mungkar nangkir
penuh soal jawab
Dalam keracauan dunia kau kembali menemui sebuah kebetulan
ANUGERAH serba fana
telah tiada
kafan jua
pakaian yang dibawa bersama
kau tidak berfikir lagi
mahu menulis sepatah perkataan
dari kemelaratan dunia yang semakin keuzuran.
AL HISYAM,
KARYAWAN PK.
No comments:
Post a Comment