Monday, March 18, 2013

AKU CUBA MENOLEH ARAH ITU

Terima kasih
jika menegur perjalanan ini
aku cuba menoleh arah itu
di persimpangan
yang sukar ditafsirkan
dari sebuah keilusian
tanpa aku membawa kerealitian lagi
dalam kepastian
suatu kemestian.

Saturday, March 9, 2013

BILA PINTU LANGIT TERBUKA

Port menemukan sejuta ingatan yang sukar dilupakan ketika hasrat semalam baru terkapai
sudah muncul sebuah iringan janji penuh senyuman 
karyawan Darul Ridzuan menerima khabar gembira dengan kesyukuran bila pintu langit terbuka
M,B menyatakan kesungguhan bahawa setiap pandangan dan harapan akan dipertimbangkan
Ayuh teman semoga kita semarakan perjuangan karyawan di bumi Darul Ridzuan dengan penuh gemilang demi mewarnakan kanvas penuh pengisian.
SEWAKTU KITA MENERIMA PERKHABARAN DUKA
LAHAT DATU

Sewaktu kita menerima perkhabaran duka
Lahat Datu
impian
harus teruja
dalam dugaan yang MAHA KAYA
pada sebuah peradaban
dan maruah negara

Sewaktu kita menerima perkhabaran duka
Lahat Datu
terus diburu kebenaran
dalam keamanan
serta kesejahteraan

Hanya doa
seiring hajat
memohon sengketa
akan berakhir
semoga nyawa
derita
jauh bersama.


BUNGA PEWIRA YANG GUGUR
DI MEDAN TEMPUR

Biar keranda di bawa pulang
tapi perjuangan tidak akan luntur
bunga pewira yang gugur
di medan tempur
bukti nyata
kita
punya pahlawan terbilang
tidak gentar
pada ajal dan maut
teruskan keazaman
teruskan kekuatan
demi kedaulatan negara
jangan dilaknati lagi
pencerobohan
yang kejam ini
pantang berundur
berputih mata.