Terasa ngilu lagi
seperti hati ini
baru sahaja menempis kesayuan yang menerjah sepi
Malam 4 Ramadan 1432 Hijrah
menguji keimanan ketakwaan
mengingati detik kehambaran menerima perkhabaran yang tidak pernah dinantikan
Hujan menjirus alam
siang dalam kedebuan
malam dalam kebasahan
Malam 4 Ramadan 1432 Hijrah
menyingkap kembali kerinduan amalan dan pertaruhan
pencarian yang belum berakhir pada persimpangan.
AL HISYAM,
KARYAWAN PK.
No comments:
Post a Comment