Friday, December 31, 2010

2011

2011

Semalam cemas dalam lif
bepeluh hiba
menanti pintunya dibuka
2010 meninggalkan aku lesu

2011
tiga negeri telah aku jelajahi
sedikt sebanyak memunggah sepi...

Monday, December 27, 2010

TERIMA KASIH HARI INI MEMUNGKIN AKU BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA

TERIMA KASIH HARI INI
MEMUNGKINKAN AKU BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA

Terima kasih hari ini
andainya
aku belum berpaksikan janji
jadual hidup
terus terbungkam sepi

Terima kasih hari ini
memungkinkan aku berpijak di bumi yang nyata
terpaksa memisahkan hasrat dan taubat
yang masih perlukan pengorbanan
berlebihan

Terima kasih kasih hari ini
aku masih mampu berdiri
walaupun kaki telah jauh terbenam di selut hanyir
mampir
tubuhku terus di dasarnya.

AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.

TERPIJAK JERLUS INI

TERPIJAK JERLUS INI

Aku bagaikan ditarik ke dasar bumi
terpijak jerlus ini
ketika kaki
hati
mahukan yang suci
setelah selut menyelimuti peribadi

Terpijak jerlus ini
mengertikan aku
pada sebuah kesyukuran
pada sebuah kedosaan
pada sebuah kenyataan

Sesungguhnya kaki
atau hati
yang penuh janji
tapi mujur hari
masih menunjukan persembahan abadi
ILLAHI
tetap mahukan aku lagi diduniawi.

AL HISYAM,
KUBANG HALBAN,
ENGGOR. PERAK DARUL RIDZUAN.

Sunday, December 26, 2010

KETIKA ANGIN MALAM BERBAHASA

KETIKA ANGIN MALAM BERBAHASA

Dalam diam duduk siku hati
berteleku menyendiri
sindiran keaiban membasahi sepi
kebas raksun menyelongkar jenuh realiti

Ketika angin malam berbahasa
tidak siapa yang menuntut kenazaman bertakhta
menyising lagi cipta yang berkuasa
lewat dinihari mutlak manusia bersama

Mengertikah?

AL HISYAM,
SUNGAI SIPUT,
PERAK DARUL RIDZUAN.

Monday, December 20, 2010

KAU TEMUI SEBUAH KESUNGGUHAN

Kau temui sebuah kesungguhan
ketika cinta terbuka
dalam keraguan
menunggu
dalam keracauan

Kau temui sebuah kesungguhan
keimanan dan ketakwaan
menjanjikan keinginan
menjadualkan kepasrahan
merangkul kejiwaan kedamaian

Kau temui sebuah kesungguhan
setelah kekalutan menyempitkan kehampaan
kini sentuhan menjadi kenyataan
kau layak menyertai kebenaran
dari pembuktian.

AL HISYAM,
KARYAWAN PK.

Sunday, December 19, 2010

DAUN LURUH SEBELUM HEMBUSAN ANGIN

DAUN luruh sebelum hembusan angin
yang kian berselerak di bumi
dasarnya basah
dengan lumpur
yang hanyir
getir
dari telunjuk witir.

AL HISYAM.

Saturday, November 20, 2010

KELUARKAN AKU DARI KESEMPITAN INI

KELUARKAN AKU DARI KESEMPITAN INI

Sanggupkah tangan membuka sebuah pintu yang tertutup
dengan kunci
sekiranya semalaman lemas sengsara dan derita

Keluarkan aku dari kesempitan ini
setelah lama berkurung
sesak dalam pernafasan.

AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.

Thursday, November 18, 2010

AKU INIGIN MENCUBA MENJADI SEPERTI DAHULU

Aku ingin mencuba menjadi seperti dahulu
berkelana mencari ilmu
walaupun beribu batu

Aku ingin mencuba menjadi seperti dahulu
yang ketagih akan idea dan sedikit percikan rindu
pejuang seni yang sentiasa mencurah rasa tanpa ragu

Aku ingin mencuba menjadi seperti dahulu
bertemankan harapan silam
yang suram.

AL HISYAM,
KARYAWAN PK

Friday, November 12, 2010

DEBU MERAPI

DEBU MERAPI

Dalam kita dibanjiri hujan tak henti-henti
debu Merapi tetap mengeluarkan lahar ngeri
yang tidak pernah mengerti betapa nyawa hilang dari firdausi

Debu Merapi
tetap aktif
siapakah sanggup menahan kemabukannya
keracauannya
sehinggakan mutahannya
cukup lantang menghukum anak manusiawi

Debu Merapi
oh sungguh malangnya anak manusiawi
yang mahu hidup dengan kesuburan alammu
kini lari dan terperangkap dalam kemusnahan amukannya.

AL HISYAM,
KARYAWAN PK.

AKU TAHU YANG SEMALAM BELUM DIREALISASIKAN MENJADI RESTU

AKU TAHU YANG SEMALAM BELUM DIREALISASIKAN MENJADI RESTU

Belum ketentuan aku membebaskan waktu
pergi bertemu melewati perjuangan yang semakin buntu
aku tahu yang semalam belum direalisasikan menjadi restu
walaupun rindu
berombak setiap kali gelora menghempas sendu

Tunggulah nanti
akan aku temui
sebuah jambatan yang kukuh kembali
menyambung perjalanan suci
demi peninggalan semalam yang sepi.

AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.

Sunday, November 7, 2010

KEAJAIBAN

KEAJAIBAN

Aku memasuki ruang yang suram
seram
dengan wajah alam
keajaiban semalam
terus memukau raksun penuh mendalam

Betapa aku terpingga
melihat sejarah yang ditinggalkan selepas perang
andai tapaknya yang masih kukuh dan utuh
terus terbela jadualnya
segala perintis kehidupan masih berbaur hari ini

Angka yang tidak pernah terjawab
dari ratusan juta yang kerugian
puluhan ribu nyawa hilang
kerana penjajahan
yang mencabar keamanan dan kedamaian

Penyeksaan
pembunuhan
telah sebati demi mencari khazanah bumi asing
yang mempertaruhkan kekayaan peribadi
sehingga sanggup mencemarkan kedaulatan sejagat.

AL HISYAM,
MUZIUM PERANG,
BATU MAUNG,
PULAU PINANG.

Thursday, October 21, 2010

SETEDUH LANGIT PETANG

SETEDUH LANGIT PETANG

Seteduh langit petang
belum tentu
malam penuh bintang
seteduh wajah suram
begitu sukar
meramalkan hati yang tenteram

Yang sudah tetap sudah
kosongkan segala-galanya
mengadaplah hari esok yang pasti datangnya bahagia
memberi makna
dari meneka janji yang tak pasti.

AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.

Friday, October 15, 2010

TERCICIR

TERCICIR

Belum pembentangan janji
dijadualkan bermula
telah banyak keraguan yang terasa
mudah impaknya
meragut jiwa

Yang terus tercicir
terus tergelincir
tanpa mata melihat
tanpa tangan menarik
tapi dibiarkan tersebam
sehingga malam

Haruskah mengubah
dengan rancangan yang relevan
namun keupayaan tetap terhalang
terdampar malang
menerima harapan yang selalu curang

AL HISYAM,
GRUPEMUISI KARYAWAN PK.

Sunday, September 26, 2010

BINTANG YANG BERGERDIPAN

BINTANG YANG BERGERDIPAN

Bintang yang bergerdipan
pada mata dan hati
yang menerima keindahannya
dari menjadi bintang yang suram kemalapan
tanpa keajaiban bulan
yang setia terus menerus dimengertikan janjinya.

AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.

MESEJ SEBUAH HARAPAN

MESEJ SEBUAH HARAPAN
(RODIAH MOHD YADIR & BAKAL SUAMI)

Semakin hampir menjejaki pelamin kasih
selagi itu
masih utuh berupaya mencari rezeki
mengecapi kebahagiaan
yang tidak berapa detik lagi
akan tiba
Insyaallah
semoga memperolehi
nikmat ILLAHI YANG SEADANYA
mesej sebuah harapan
adalah sebuah doa yang terbaik
demi melihat mahligai itu
terbina dengan indahnya
hanya diri
yang terletak idea
bagi melengkapkan perhiasannya
menjadi sempurna dan berseri.

AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.

Friday, September 17, 2010

SUKARNYA RATAPAN SYAWAL

SUKARNYA RATAPAN SYAWAL

Hukum yang terhukum
tersungkur terus terbujur
pilu terus terkaku
sukarnya ratapan Syawal
menerima hakikat
darjat
tidak meninggalkan hasrat
dihambat serta terhambat
tapi telah terlambat
sepakat
akhirnya akhirat menjadi pintu taubat
pada mata dan hati yang tersurat.

AL HISYAM,
KARYAWAN PK.

Thursday, September 9, 2010

TAKBIR RAYA

TAKBIR RAYA

Semoga takbir raya
di anjung sendiri
memberi kenikmatan
yang diperolehi ketika Ramadan
pergi
jika di perantauan
yang berliku janji
melewati ranjau
akal
adab
dan budi.

AL HISYAM,
KARYAWAN PK.

SYAWAL 1431 HIJRAH

SYAWAL 1431 HIJRAH

Sebulan kita melewati saat yang penuh dugaan
dari pertaruhan keimanan dan ketakwaan
SYAWAL 1431 HIJRAH
telah meninggalkan secebis pasrah

Aku menerima sebuah permainan
aku menahan kegelojohan
aku mencetuskan persoalan
yang menghasilkan kejiwaan meletakkan kedewasaan

SYAWAL 1431 HIJRAH
syukur yang sejujur.

AL HISYAM,
JALAN TAIPING, TALANG,
33000 KUALA KANGSAR.

Tuesday, August 24, 2010

BERTUAH DI BUMI YANG MASIH BERMARUAH

BERTUAH DI BUMI YANG MASIH BERMARUAH

Nuzul Al Quran menempa janjinya lagi
dalam kemegahan Ramadan
kita melaluinya setiap detik waktu
dari kitab yang penuh rahsia
perhalusi surah tercipta

Bertuah di bumi yang masih bermaruah
kita dapat memanjangkan jua
perjuangan dan pengorbanan datuk nenek moyang
walaupun tergaris luka pada hati kehitaman awan bertompok jingga
dengan gejala yang melanda
tapi terus terkawal menyerlahkan keyakinan abadi

Bersama bulan yang menuntut amalan
kita pasrah menjadualkan rutin hari
meraih jiwa yang damai
Ramadan
Nuzul Al Quran
Kemerdekaan
sentiasa merakam keinsafan
mencari keimanan dan ketakawaan.

AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.

Sunday, August 22, 2010

KETIKA BICARA TERLEPAS

KETIKA BICARA TERLEPAS

Kekadang tidak semestinya rindu terbaik dialun
kekadang tidak semestinya kasih luhur bersama
ketika bicara terlepas bibir terkatup jua

Iringilah Ramadan ini
bersama sejajar keimanan
sejurus ketakwaan

Ketika bicara terlepas
dingin pagi tak menjadi
panas petang ketidaktentuan

Apakah batin turut tersentap?
Zahir menerima dan mengharap
Syawal punya kemaafan serta keinsafan yang hakiki.

AL HISYAM,
CHANDAN PUTERI.

Sunday, August 15, 2010

HIKMAH RAMADAN INI

HIKMAH RAMADAN

Terpancung jiwa dihati
apabila dewasa ini
begitu dangkal sekali
kejelekan kehidupan yang penuh gambaran sangsi
begini
hikmah Ramadan yang muncul memberi khabar maknawi
menjirus kesedihan dan ratapan mimpi ngeri
betapa manusiawi terus diburu sepi
kelahiran bayi
kemusnahan yang didalangi
amukan peribadi
mengungkapkan Ramadan suci
penuh skrip dan cerita tersendiri.

AL HISYAM,
CHANDAN PUTERI,
KUALA KANGSAR.

Monday, July 26, 2010

NALURI SEORANG SUAMI

NALURI SEORANG SUAMI

Aku bukan seorang pemuda tampan
tapi seorang suami yang mengerti kasih seorang isteri

Aku bukan seorang lelaki yang sering merenung dalam firasat
tapi cukup menghasilkan puisi

Aku bukan seorang ayah yang mahu berkhawin lagi
tapi terpanggil dari sebuah kebetulan

Aku bukan seorang teman yang cuba menjadualkan janji
tapi memadai seketika menoleh kesengsaraan.

AL HISYAM,
CHANDAN PUTERI.

KHIANAT YANG TERANCANG

KHIANAT YANG TERANCANG

Setelah kita tertipu
setiap kali teruja meneruskan kejujuran
pasti menemui keterbatasan
yang keterlampauan

Khianat yang terancang
begitu terang
dalam gelap
begitu bercahaya
pada yang sememangnya bersuluh

Apakah bibir kaku?
Di tutup kebanggaan
menyimpan kejahilan dan kecelakaan
yang merampas keracauan
mudah terlontar kebaculan.

AL HISYAM,
CHANDAN PUTERI.

Sunday, July 11, 2010

PANTUN 5

PANTUN 5
Gadis Perasu tinggal di Bendang Kering,
Merantau dia mencari rezeki.
Secebis rindu tak berpaling,
Kalau cinta telah terbukti.

Renungan manis menambat jiwa,
Tertarik hati memendam rasa.
Igauan datang awalnya duka,
Akhirnya membawa realiti bersama .

Santunnya gadis membelai lembut,
Mendamba mesra mengusik lara.
Hindarkan gelora menghalangkan ribut,
Dari bala merusuh hiba.

Pasir Bogak mengimbaukan kisah silam,
Meninggalkan perisitiwa sebalik cinta.
Galak ingatan suara alam,
Kenangan peribadi pencetus dewasa.

Bersama Awis bermain ghazal‚
Resah duka amarah pergi‚
Berseloka pantun minatnya Rizal,
Sudah ternyata sudah terbukti.

Al Hisyam.

Tuesday, July 6, 2010

TELUK BATIK DALAM OMBAK SEMALAM

TELUK BATIK DALAM OMBAK SEMALAM

Terpegun dan terdetik
seperti baru tadi melewati perjalanan pulang
dari TELUK BATIK
dalam ombak semalam
aku menyaksikan batu batan
telah berdiri
sepanjang melalui kiri kanan tubuhmu

Persisiran pantaimu
semakin menyerlahkan keyakinan ini
memetikan gitar jiwa
penuh alun

Bukan semalam
tapi hari ini
aku bersama menemani keredupan
kedinginan telukmu

Semalam aku datang
dengan orang tua
kini aku bersama anak dan isteri
menghayati anugerah ILLAHI.

AL HISYAM,
TELUK BATIK.
4 JULAI 2010.

PANTUN 4

PANTUN 4

Pergi pasar membeli ikan,
mencari udang menambah menu.
Pagi sudah menjadualkan kerinduan,
inspirasi janji menghilang sendu.

Bersama Rodiah menyempurnakan hasrat,
Teluk Batik meneruskan bukti muafakat.
Bergandingan kita penuh erat,
etika persaudaraaan telah tersurat.

Sudah terbiar seorang jua,
gelombang waktu pasti bersua.
Mengerti ombak melambung gerhana,
mengiring senja terlupa sengsara.

Jeti Lumut kita lewati semalam,
Pulau Pangkor juga kita sampai.
Musim berubah pesona alam,
Usikan ombak menyentuh pantai.

Saturday, July 3, 2010

KESEBUAN

KESEBUAN

Mual
kesebuan
mendengar kejiwaan
dalam penderitaan

Melihat
ketika ketidaksanggupan
menjadualkan kesenduan
akan datang.

AL HISYAM.

Saturday, June 26, 2010

MENUNGGU NIKAH YANG TIDAK SUDAH

MENUNGGU NIKAH YANG TIDAK SUDAH

Kembalilah mengenali diri
apabila menunggu nikah yang tidak sudah
akurlah
pada ketentuan
relalah
menjadualkan kerahmatan dan keberkatan
dari menghabiskan waktu
dalam pembaziran
renunglah sedalamnya
jika bertemu azimat yang penuh kesempurnaan.

AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.

PANTUN 3

Anak ayam makan sekawan,
Tinggal seekor dalam reban.
Anak melaram keterlanjuran peradaban,
Jatuh tersungkur malam keaiban.

Mati seekor di kadang lembu,
Tupai melompat di atas pokok.
Hati mana berkelana rindu,
Erti hakikat terus tersorok.

Kalau menjala si ikan sepat,
Jangan lupa saya seorang.
Kalau sudah katakan dapat,
bataskan resah mendamba sayang.

Alam pagi indah sekali,
Suram sunyi tidak terasa.
Malam menyendiri sudah sebati,
Sulam berjanji berkait sentosa,

Sampan di sungai karam berlima,
Saat cemas diambang maut.
Persoalan tergadai jangan ditanya,
Akibat tewas hilang berpaut.

AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.

KACA MATA DUNIA PECAH

GAZA

Bumi dunia ini
begitu luas
tapi sekerdil GAZA
terus dibelenggu sengsara dan kedukaan

GAZA
begitu tenat nasibmu
setelah kaca mata dunia pecah
lalu meraba
mencari jalan demi sebuah penyelesaian

Tiada sebantang tongkat
yang dapat mendirikan kembali
pada dunia
walaupun terang matahari lagi bercahaya
tapi tetap tersingkir segala tipu daya
demi GAZA
dalam kesempitan

Sanggupkah dunia yang diwakili mereka yang besar dan dewasa itu
menjadi buta
tentang GAZA yang terus terbantut jiwanya.

AL HISYAM,
26 JUN 2010
SUNGAI SIPUT.

Thursday, June 17, 2010

Pantun 2

PANTUN


Bulan bintang di langit,
Tak capai jari mengusiknya.
Jangan hilang suara menjerit,
Hendak menggapai hati terseksa.

Janji manis bukan ukuran,
Kesetiaan, kejujuran menambat percintaan.
Jadilah jejaka yang kewarasan,
Membuka minda penuh keilmuan.

Jejak kasih perlu dijejaki,
Hindarkan rindu menjadi sepi.
Hidup mati ketentuan ILLAHI,
Meneruskan keimanan menjiwai hati.

Dunia cinta sunggunya indah,
Lautan duga penuh gelora.
Suka duka seteguh pasrah,
Pasti jiwa sentiasa selesa.

AL HISYAM.

Sunday, June 13, 2010

KECIL ITU

Kecil itu
dari tanah kosong yang akhirnya
terbina sebuah negara
dalam pengaruh dusta dan kekejaman

Luasnya dunia ini
tapi hakikat runcing binasa
hati dan perasaan entah di mana durjana
kita gagal membaham keangkuhannya.

AL HISYAM,
KARYWAN PK.

KEIKHLASAN INI ANAK DAGANG YANG PULANG

KEIKHLASAN INI
ANAK DAGANG YANG PULANG

Seperti merpati yang pulang di sangkarnya
keikhlasan ini
anak dagang yang balik dipangkuan restu
takdir dan janji
telah terjadual
dalam rahmat ILLAHI

Setelah berulang kali mencari muslihat peribadi
akhirnya sekerdil yang tergelincir di jiwa
penyelamat angkara
yang mengerti dosa
yang terbit waktu senja

Kembali juga
dengan kebebasan yang bersahaja
meninggalkan malam gelita
bersama fajar
yang sedang bersiap sedia memulakan pelariaannya.

AL HISYAM,
KUALA KANAGSAR.

Thursday, May 27, 2010

KEPINCANGAN

Pernahkah bertanya
tentang alpa
yang bermaharajalela di depan mata
suluh lagi bercahaya
noda membeliti dosa
pendoman hanya berselindung jauh menunda

AL HISYAM,
KUBANG HALBAN.

Sunday, May 23, 2010

TITIWANGSA SEKETIKA KITA BERBICARA

Sketika kita berbicara
di atas langit malam
masih bergedipan dan bergelimpangan bintang
Titiwangsa
bersama keindahan khazanah alam
dinginnya hari itu
kita bermesra
walaupun tidak melewati dinihari
namun cukup memesankan kemesraan

Seketika kita berbicara

Pantun

Buah mempelam dalam peti,
Dibeli selonggok bersama Rodiah.
Gua Kelam tinggalkan pergi,
Janji dirujuk tersebutlah kisah.

Baju batik hajatnya besar,
Pilihan teman menjadi kenyataan.
Rindu berputik muafakat di Padang Besar,
Keunggulan persudaraan bukti kesepakatan.

Pantun 3 P memesan lagi,
Jiwa yang murni termetrai.
Sungai Petani telah kita jejaki,
Radix Fc, Texco telah dilewati.

Jambatan Sayong tidaklah panjang sekata,
Penyambung warisan tali persaudaraan.
Padang, Besar, Gua Kelam, Sungai Petani mesra bersama,
Bergabung insan sebuah kehidupan.

MEMBILANG HARI ESOK

Membilang hari esok

dalam kesunggulan

Gadis Perasu

menanti kerelaan

bilakah penyatuan

penuh kesantunan

akan bermula

dan meneruskan agenda

yang tertangguh

setelah berkali-kali

menghindarkan keinginan terlonjak

membawa peribadi

merencana kehidupan

dengan perjalanan yang tidak henti-henti.



AL HISYAM,

BANDAR DI RAJA KUALA KANGSAR.

Friday, May 21, 2010

HAKIKAT SEMALAM

Apabila manausia
alpa tentang hakikat semalam
berjalan di pinggir suram dan kusam



Tanpa usaha keluar
dari penempatan



Jauhnya taubat
hilang hakikat
tersirat
laknat
yang jatuhnya darjat.



AL HISYAM,

KARYAWAN PK
Gendang silat membuka persembahan,
langkah pertama penyeri majlis.
Undang berkat sejahtera persaudaraan,
wadah kita bukti sebaris.

Friday, May 14, 2010

TERCALARLAH HATI SEORANG SUAMI

Isteri dan anak
terus mengundang kejahilan
menempiasi setiap ruang kedangkalan
wajah merah yang kehitaman
mudah tercetus
melakar kehampaannya
tercalarlah hati seorang suami
berkelana dan duka
dihimpit kegilaan mereka
yang mengimpikan keegoan sendiri.

Sunday, May 2, 2010

TERMANGGU DALAM KEJIWAAN YANG MERAGUI

TERMANGGU DALAM KEJIWAAN YANG MERAGUI

Dingin pinggir fajar
membawa aku semakin sepi
melihat wajah yang semakin ditelan memori

Termanggu dalam kejiwaan yang meragui
aku alpa dalam renungan kemurungan
mencari sinar yang hilang ketika kabut menyelebungi peribadi

Padang Besar
mengapakah hati bertubi-tubi merusuh lagi
mahu menyampaikan amanah yang belum punya penyelesaian abadi

Seandainya aku terus diburu kehampaan
menyambut hasrat
yang semakin terencat ini.

AL HISYAM,
PADANG BESAR,
PERLIS.

ANTARA GENDANG SILAT DAN KITARO

ANTARA GENDANG SILAT DAN KITARO

Apakah maknanya kita anak bangsa
jika terlalu gopoh menderhaka
pada janjinya
antara gendang silat dan kitaro
telah tercemar kehalusan seninya
telah terbias keindahan langkahnya

Sesudah kita anak bangsa
yang alpa
mengagihkan kemajuan
sehingga mahu mengkhianti niat asal

Adunan dan campuran
tercetus idea
menyanggahkan kehormatan
membiarkan peradaban kita
tersingkir pada kedayusan
tanpa mempertahankan kejiwaan dan maruahnya
bersama keimanan dan ketakwaan.

AL HISYAM,
PERLIS.

Monday, April 19, 2010

MENJADUALKAN RAHMAH MALAM DALAM KEMESRAAN

MENJADUALKAN RAHMAH MALAM DALAM KEMESRAAN

Pertemuan semalam seakan berakhir esok
tapi hari ini
kita dipertemukan lagi
bersama persahabatan yang pasti tidak pernah ketahui
hujungnya

Menjadualkan rahmah malam dalam kemesraan
meru juk kembali persinggahan
yang meramalkan keraguan
tidak memungkiri kesenduannya

Terkini
wajahmu terletak di dinding maya
setelah bertahun kita kehilangan tanda penyaksian
sesungguhnya keakraban
punya nurnya

Jika suram
tidak kusam seterusnya
yang silam
menghasilkan rakaman kemesraan jua.

AL HISYAM,
BANDAR DI RAJA
KUALA KANGSAR.

Friday, April 16, 2010

MENANTI HARI KEPUTERAAN

MENANTI HARI KEPUTERAAN

Menanti penuh keselesaan
sebagai anak negeri Darul Ridzuan
menyambut Hari Keputeraan

Persiapan dalam kesibukan
panas menyerbui alam Bandar Di Raja
tidak pernah mendakwa hujan pasti basah kekuyupan

Anak watan negeri yang tersedia
menutut keamanan dan kedamaian
dari malapetaka politik memeritkan seketika keharmonian

Segerakan pertemuan
menjadualkan rahmah kesantunan dan kehormatan
melewati kesejahteraan kita sehingga akhirnya

Tanpa perbalahan
tanpa kesangsian
membentuk perjanjian yang suci.

Friday, April 9, 2010

ANTARA KEBIADABAN DAN KEJAHILAN

ANTARA KEBIADABAN DAN KEJAHILAN

Mahukah kehidupan terus meniti kereputan langkahnya
setelah laluan begitu daif
untuk dilaluinya

Antara kebiadaban dan kejahilan
apakah hanya sandiwara
atau terasuk dan terancang

Begitu dunia ini
semakin rakus di hempas kemelaratan
akal dan keilmuan yang sering terlanjur menutut kepincangan.

AL HISYAM.

Tuesday, April 6, 2010

APABILA TASBIH KAKU DI BANGKU

Apabila tasbih kaku di bangku
tiada siapa yang mengambil tahu
betapa rindu
pada sebuah alunan zikir merdu

Apabila tasbih kaku di bangku
jenuh mengembalikan hasrat terpaku
kembali menemui sejenak restu
meninggalkan keracunan mencari manis madu

AL HISYAM,
KARYAWAN PK.

Sunday, March 21, 2010

PERNAHKAH BERTANYA

PERNAHKAH BERTANYA

Pernahkah bertanya
pada sebuah alam
yang mana suram
dan silam

Pernahkah bertanya
siapakah yang menerajui dulu
kehidupan lampau
dengan kilau
yang bersilau
akhirnya kemarau
yang menempatkan janji penuh ranjau

Perrnahkah bertanya
bilakah kita berlagu dalam mesra
kembali menemui keajaiban ILLAHI
yang hakiki.

Thursday, March 18, 2010

SEDARKAH KITA SELALU LUPA

SEDARKAH KITA SELALU LUPA

Mengapa kita sering menghindarkan diri
mengenal sendiri
wajah dan perasaan
yang menyelebungi dalam hidup

Sedarkah kita selalu lupa
yang kita alpa
pada kewarasan
tanpa mahu berfikir.

AL HISYAM.

WAJAH INSPIRASI DALAM OBJEK SENIKU

WAJAH INSPIRASI DALAM OBJEK SENIKU

Biar lidah itu
terjelur panjangnya
tapi hakikat jiwa
tetap setulus hati

Wajah inspirasi dalam objek seniku
belum nampak kebuktiannya lagi
dalam menghasilkan wacana
yang tersendiri

Biar lidah itu
terjelur panjangnya
jika pengujian
mengertikan sempadan dan batas kehidupan

Wajah inspirasi dalam objek seniku
masih jauh untuk dilafazkan
sekiranya hampir
begitu hambar keyakinannya

Hanya keterasingan
membezakan keindahan
pada taman firdausi
dengan lara yang sepi.

AL HISYAM,
KARYAWAN PK.

Wednesday, March 17, 2010

KEMBALIKAN ADAB PADA PENYERAHAN

KEMBALIKAN ADAB PADA PENYERAHAN

Kembalikan adab pada penyerahan
walaupun di dalam telah sebati
menuntut keangkuhan
tidak sedar pendirian hilang
dari bayangan seorang muslimat

Kembalikan adab pada penyerahan
setelah terikut keterlanjuran
pudar dan kikis kilauan iman
berhabuk kehampaan

Kembalikan adab pada penyerahan
sekitar kehidupan
berpaling
dari permusuhan
bertitik keinsafan
dalam kerelaan

Kembalikan adab pada penyerahan
sekiranya ALLAH
akan menerima taubat
meninggalkan hasrat yang menyekat kemahuan
serta pulang mencari ketakwaan.

AL HISYAM,
KARYAWANPK.

Saturday, March 13, 2010

GADIS PERASU DALAM PUISI 11

Gadis Perasu dalam puisi
mencabar kesahihan kemanusiaan
mencari sebuah kehidupan
yang belum pasti kau tempuhi
dengan rela

Agenda Gadis Perasu dalam puisi
siapakah yang dapat meneka kesamarannya
adakah yang tersasar menuntut kenyataannya
walaupun terbawa ketika redup membelah kepanasan
setelah dingin dinihari menumpang jua
sehingga fajar yang tercipta

Gadis Perasu dalam puisi
sentiasa terlepas
dari ilusi
menunai sebuah penantian
demi melunaskan jadual semalam
yang sudah termetrai janjinya
seandainya kesempatan bukan hijrah semutlaknya.

AL HISYAM,
KARYAWAN PK.

Sunday, March 7, 2010

DALAM OBJEK SENIKU

Dalam objek seniku
terluang harapan yang suci
mengharap denai baru
menjadualkan rindu
walaupun jauh
dari sepi

Dalam objek seniku
tercabar kegirangan
tercalar kesiangan
dari malam
yang penuh keasingan.

Thursday, March 4, 2010

GADIS PERASU DALAM PUISI

GADIS PERASU DALAM PUISI

Begitulah seorang gadis yang tidak aku jangkau
dari sebuah renungan akhirnya
bertemu dalam kemesraan

Gadis Perasu dalam puisi
kini mudah hadir menyalinkan isi dan makna
memunggah pada saf kata

Bersama hari kusam
Gadis Perasu meninggalkan konflik malam
dengan tawakal

Mencari surah Yassin
pendiding kesejahteraan
mengeluarkan kekufuran

Setelah terperuk jauh di ceruk sana
meneruskan kehidupan penuh warna
menjanjikan kejiwaan yang sempurna

Walaupun Gadis Perasu
belum mengerti tentang ilmu dan keinsafan
yang pasrah melindungi keterlanjuran itu.

AL HISYAM,
KATI, PERAK.

Wednesday, February 24, 2010

JANGAN LUKAKAN HATI INI

JANGAN LUKAKAN HATI INI

Jangan lukankan hati ini, setelah semalam sebak dalam kasih seorang isteri
terjebak mimpi yang ngeri hilang sendiri tanpa melangkah pergi demi ILLAHI
Berbaliklah diawal peribadi mengupas jiwa yang sepi merakam hari-hari yang penuh elergi sebagai pendoman hari esok yang pasti.

Friday, January 22, 2010

KACAMATA PENYAIR

KACAMATA PENYAIR

Ketika kita duduk termenung di kedai kopi sambil menghirup secawan kopi
kita terlupa bahawa judulnya pernah tersingkap dalam bait puisi
kacamata penyair halus membongkar menyelongkar intipati
menjelajah peribadi

Kita harus menanggal pula kacamata yang terlekat di cuping telinga
menafsir gegendang gelombang yang tertera
menjiwai kegilaan menyemak ayat sekata
merealitikan seadanya.

Pekan Kecil Kati.