Friday, July 29, 2011

JIWA YANG TERLONTAR

Pernahkah terlintas ucapan
yang hanya mengubah kelekaan
hanya kesementaraan
pada kedangkalan
menghukum sebuah kepuasaan
tapi penuh penipuan

Jiwa yang puas terlontar
kibar
tegar
kini meronta sasar
sasau pinar.

AL HISYAM.

Tuesday, July 19, 2011

TERASING

Tanah ini
pernah dizalimi
pernah dilaknati
kenapa kita harus membiar kartu sejarah terbakar hangus
melenyapkan bukti
bahawa khazanahnya penuh pesanan dan erti

Terasing di tanah sendiri
keliling dibarisi duri
dalam dicemari
dimanakah kekuatan peribadi
apabila sentiasa dianak tiri.

AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.

Saturday, July 16, 2011

HIKMAH KITA MENYERAH ALLAH YANG PENUH RAHMAH

Ikhtibar Syaban terluang dalam jenuh pendoman
tersirat hikmah kita untuk menyerah pada ALLAH
yang penuh rahmah

Israk Mikraj telah kita abadikan
renungan-Nya
hayati dengan nikmat

Ramadan pasti kita temui agenda-Nya
berulang kembali amalan kebiasaan bertambah pada keluarbiasaan
mengisi kekosongan keimanan dan ketakwaan.

AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.

Friday, July 8, 2011

NOKTAHKAN IDEA ITU

Begitu bentuk dan rupa
pemikiran manusia
mengambil jalan serta persimpangan
tanpa mencari kekuatan peribadi
beridentiti

Noktahkan idea itu
sehingga lupa bahawa ciplak menjadi hantu
peniruan seperti kebiasaan tanpa ragu
yang pasti kepunyaan pasti bertemu.

AL HISYAM,
SUNGAI SIPUT.
8 JULAI 2011.

Wednesday, July 6, 2011

KELUARKAN KESUKARAN MEMBATASI KEMURUNGAN ITU

Begitu perit dan pahit
derita koyak dari jahit
terpalit
terbelit
yang tersepit
jerit
sakit

Keluarkan kesukaran membatasi kemurungan itu
kejahilan
kepayahan
kedayusan
merayap kedangkalan.

AL HISYAM,
KARYAWAN PK.