Friday, April 18, 2014
AKU HANYA CINTA DIA
Aku hanya cinta DIA
dikecam
diugut
dalam perhitungan abadi
dengan seorang IS
Aku hanya cinta DIA
andai tidak diperdulikan
setelah berpaling
pada rindu
yang bukan waktu
menepati janji lalu
Aku hanya cinta DIA
ketika sunyi dan sepi
lalu
berkhalawat
memenuhi impian ini
Aku hanya cinta DIA
sehingga akhirNya,
Friday, March 7, 2014
Saturday, January 18, 2014
Friday, August 30, 2013
HUJAN MENEMANI DIAMBANG KEMERDEKAAN INI
Menjulang peradaban
dalam pertaruhan bangsa
agama
dan negara
perlu
dalam menghormati setiap detik lampau
yang berbakti
berbudi
demi tanah air tercinta
dari tergadai
di tangan penjajah
yang tamak
belot pada janji
50 tahun yang lalu
dikecapi nikmat
yang disegani
yang disyukuri
jangan dilaknati lagi
tanah pusaka moyang
berada di hujung nyawa
peliharalah dia penuh ABADI.
Saturday, August 10, 2013
INGATKAN WAKTU KEUZURAN NANTI
Setiap yang indah
mungkin berubah
menjadi sepi
setiap yang suci
akan lenyap
dari identiti
jika alpa
pada amalam dan pertaruhan
ingatkan waktu keuzuran nanti
andai mengabaikan tanggungjawab hakiki
serta bahawa dunia
tidak mempunyai akhir zamanNya
lalu
meninggalkan iman
berpandang pula
yang mungkar
namun pasti gusar
menemui kehancuran jua.
mungkin berubah
menjadi sepi
setiap yang suci
akan lenyap
dari identiti
jika alpa
pada amalam dan pertaruhan
ingatkan waktu keuzuran nanti
andai mengabaikan tanggungjawab hakiki
serta bahawa dunia
tidak mempunyai akhir zamanNya
lalu
meninggalkan iman
berpandang pula
yang mungkar
namun pasti gusar
menemui kehancuran jua.
Wednesday, July 24, 2013
Wednesday, June 19, 2013
PERSAUDARAAN
Binalah kembali
kota persaudaraan ini
dari keretakan kecil ketika mengejar kejayaan
kini
keputusan muktamad
hentilah perbalahan
tamatlah pergeseran
lucutlah amarah yang terpendam
marilah bersatu atas bahu MALAYSIA
hindarkan berkepentingan
tinggalkan berkeronian
bersepakat
demi maruah bersama
hanya kekuatan dan keteguhan
MALAYSIA
terus makmur dan tenteram.
Binalah kembali
kota persaudaraan ini
dari keretakan kecil ketika mengejar kejayaan
kini
keputusan muktamad
hentilah perbalahan
tamatlah pergeseran
lucutlah amarah yang terpendam
marilah bersatu atas bahu MALAYSIA
hindarkan berkepentingan
tinggalkan berkeronian
bersepakat
demi maruah bersama
hanya kekuatan dan keteguhan
MALAYSIA
terus makmur dan tenteram.
Subscribe to:
Posts (Atom)