Port menemukan sejuta ingatan yang sukar dilupakan ketika hasrat semalam baru terkapai
sudah muncul sebuah iringan janji penuh senyuman
karyawan Darul Ridzuan menerima khabar gembira dengan kesyukuran bila pintu langit terbuka
M,B menyatakan kesungguhan bahawa setiap pandangan dan harapan akan dipertimbangkan
Ayuh teman semoga kita semarakan perjuangan karyawan di bumi Darul Ridzuan dengan penuh gemilang demi mewarnakan kanvas penuh pengisian.
SEWAKTU KITA MENERIMA PERKHABARAN DUKA
LAHAT DATU
Sewaktu kita menerima perkhabaran duka
Lahat Datu
impian
harus teruja
dalam dugaan yang MAHA KAYA
pada sebuah peradaban
dan maruah negara
Sewaktu kita menerima perkhabaran duka
Lahat Datu
terus diburu kebenaran
dalam keamanan
serta kesejahteraan
Hanya doa
seiring hajat
memohon sengketa
akan berakhir
semoga nyawa
derita
jauh bersama.
BUNGA PEWIRA YANG GUGUR
DI MEDAN TEMPUR
Biar keranda di bawa pulang
tapi perjuangan tidak akan luntur
bunga pewira yang gugur
di medan tempur
bukti nyata
kita
punya pahlawan terbilang
tidak gentar
pada ajal dan maut
teruskan keazaman
teruskan kekuatan
demi kedaulatan negara
jangan dilaknati lagi
pencerobohan
yang kejam ini
pantang berundur
berputih mata.
Monday, February 18, 2013
.
YEKATERINBURG/CHELYABINSK RUSSIA TERSENTAK OBJEK JATUH TERSEMBAN DI LAMANNYA
Seperti peluru datang dan meletup lalu terkena sebuah kilang yang sedang beroperasi sekolah juga turut menjadi sasaran liar lalu lintas menjadi kucar kacir objek yang jatuh tersemban di lamannya YEKATERINBURG/CHELYABINSK RUSSIA ...See More
Damai sungguh
awal pagi Jumaat ini
langit indah
penuh suci
mengharap visi
mencapai impian
mencari makna dalam diri
yang punya erti.
Wednesday, February 13, 2013
EMBUN PAGI YANG SUCI
Dedaunan rndu
menitis embun pagi yang suci
segar
indah
penuh dimensi
embun pagi yang indah
menati matahari
menampilkan senyuman
dalam kasih
punya impian
hari ini
akan membawa sejuta harapan.