Friday, August 30, 2013

HUJAN MENEMANI DIAMBANG KEMERDEKAAN INI

Menjulang peradaban
dalam pertaruhan bangsa
agama
dan negara
perlu
dalam menghormati setiap detik lampau
yang berbakti
berbudi
demi tanah air tercinta
dari tergadai 
di tangan penjajah
yang tamak
belot pada janji
50 tahun yang lalu
dikecapi nikmat
yang disegani
yang disyukuri
jangan dilaknati lagi
tanah pusaka moyang
berada di hujung nyawa
peliharalah dia penuh ABADI.





Saturday, August 10, 2013

INGATKAN WAKTU KEUZURAN NANTI

Setiap yang indah
mungkin berubah
menjadi sepi
setiap yang suci
akan lenyap
dari identiti
jika alpa
pada amalam dan pertaruhan
ingatkan waktu keuzuran nanti
andai mengabaikan tanggungjawab hakiki
serta bahawa dunia
tidak mempunyai akhir zamanNya
lalu
meninggalkan iman
berpandang pula
yang mungkar
namun pasti gusar
menemui kehancuran jua.

Wednesday, July 24, 2013

CAHAYA RAMADAN
BEGITU INDAH DI LANGIT

Lewat malam itu
cahaya Ramadan
begitu indah di langit
suatu ziarah yang singgah
penuh barakah.



Wednesday, June 19, 2013

PERSAUDARAAN

Binalah kembali
kota persaudaraan ini
dari keretakan kecil ketika mengejar kejayaan
kini
keputusan muktamad
hentilah perbalahan
tamatlah pergeseran
lucutlah amarah yang terpendam
marilah bersatu atas bahu  MALAYSIA
hindarkan berkepentingan
tinggalkan berkeronian
bersepakat
demi maruah bersama
hanya kekuatan dan keteguhan
MALAYSIA
terus makmur dan tenteram.

Saturday, June 1, 2013

INDAHNYA BUDI
SEBUAH REZEKI

Terpandang mesin keping getah ini
teringatkan aku pada suatu keazaman seorang tua
yang sanggup berkorban waktu
dan memerah tenaga
yang semakin uzur itu
sanggup kais pagi makan pagi
kais petang makan petang
jika jasa tidak terhitung nilai nilainya
indah nya budi
sebuah rezeki
menyara anak dan isteri
sehungga dewasa
hanya menoreh getah semata-mata.



Friday, April 12, 2013

SEGARIS SINAR

MEMBONCENG KESEJAHTERAAN HARI INI

Ketika kehidupan menghitung
penantian
segaris sinar membonceng kesejahteraan hari ini
dalam tanah air yang damai dan sentosa
walaupun kekaburan
sesekali menutupi mata menjadi kelam
tentu ceritanya hiba
namun masih waras
menggunakan akal dan minda
demi menyambung tradisi semalam
semoga esok ditemui penjelasan yang sebenarnya
kala kebebasan
terus dikecapi bersama
tanpa dibelenggu penjajahan
yang menyukarkan
yang menyulitkan
perjalanan juga.

Monday, April 8, 2013

SUNGGUH INDAH RAMA-RAMA

Biar debunga layu
andai kedamaian
keasyikan
ketenangan
kepuasan
dapat dikecapi bersama dalam kewarasan

Sungguh indah rama-rama
dunia
yang semakin pijar
di hujung usia
dapat berterbangan
dengan bebas jua

Namun hakikatnya
sukar
di pertontonkan
ketika rama-rama
keseronokan
kemesraan
jika keraguan
mudah membantutkan kebenaran

Sungguh indah rama-rama
yang tetap meneruskan kehidupan
walaupun terpaksa menerima
dengan rela.