Tuesday, March 6, 2012

SUKAR AKU MENJELASKAN PERTIMBANGAN INI

Dalam aku asyik meneruskan agenda hidup
pernahkah bertanya
kenapa seringkali aku menyisihkan diri
menjauhkan perjuangan
dari kemunculan di anjung pertemuan
sebaliknya meninggalkan keyakinan
dengan hijrah
yang sukar aku menjelaskan pertimbangan ini
lalu
pergi mencari sesuatu
yang memaknakan janji kepuasan
menghilangkan kebaculan dan keharuan ilusi
setelah terkurung pada kesangsian
terkilan
dicatur sebegini.

AL HISYAM.

Monday, February 27, 2012

AKU MERENUNG WAJAH PERSISIRAN SUNGAI PERAK PERCATURAN (ALLAYARHAM ZAHARI HASIB)

Aku tersentak seketika
membaca sekerdil bicara di dada muka buku
hati
tiba-tiba luluh dan terharu
baru semalam ingin aku sampaikan pesan
manalah tahu
jika tarikh yang dijanjikan dapat bertemu
tapi MAGHRIB itu
sudah menjadi takdir ILLAHI
bahawa aku simpankan sahaja
dalam diari sebuah hajat yang akhirnya kelu
belum rupanya
PERSISIRAN SUNGAI PERAK
menerima undangan
kau meminta lalu.

Wednesday, February 1, 2012

AKU TINGGALKAN SEORANG DIA
KALA RINDU PENUH TAUBAT

Bukan aku mahu menemaksa dirimu berkias lagi
menemani malam
dengan kejiwaan
yang kosong
tanpa pengisian

Aku tinggalkan seorang dia
kala rindu penuh taubat
dugaan
yang memesankan aku dalam pertimbangan
merasai resah desah dirimu.

AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.

Monday, January 16, 2012

LEWAT MALAM DAN SEBUAH KARANGAN MIMPI

Seperti rutin hari
aku sering bertanya dalam diri
adakah penyingkiran dan penyisihan dalam menuntut
kebolehan memaksa aku menerima takdir
tanpa menoleh segala-galanya
sehingga lewat malam
aku terpaksa mengarang sebuah mimpi lagi
semoga esok mempunyai realiti.

AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.

DALAM GEMENTAR HATIKU

Detik malang itu
tidak tersusun garis ragu
tidak tercapai jentik sendu
antara pilu dan malu
dalam gementar hatiku
yang menduga hidup
pada satu impian
pada sebuah kemutalakan.

AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.

Sunday, January 15, 2012

FERINGGGI

Batu hampar masih setia menanti di tepian bukit dan
pantai
FERINGGI
jauh berbeda kini
bersepah kiri kanan bangunan kaku dan bisu
menanti penghuni
hujung minggu dan cuti
begitulah tempiasan TSUNAMI
lautnya
tidak seindah dulu
buih-buih
tidak sesuci lagi.